Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Yayasan JCorp sumbang 50 Komputer Riba Kepada Pesakit Kanser

Sumbangan Yayasan JCorp Kepada Pesakit Kanser

50

JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) menerusi Yayasan JCorp menyerahkan 50 komputer riba kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) menerusi inisiatif `Everywhere Classroom’.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd Sani, diiringi Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim kepada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Datuk Syed Mohamed berkata, komputer riba itu akan diserahkan kepada 50 pesakit kanser berumur antara tujuh hingga 17 tahun di seluruh Johor.

“Komputer riba ini juga dilengkapi perisian yang sesuai dengan usia bagi memenuhi keperluan penerima.

“Kami berharap kemudahan ini dapat membantu pesakit yang masih menerima rawatan untuk meneruskan pembelajaran secara dalam talian ketika situasi pandemik semakin mencabar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Inisiatif yang diinspirasikan daripada usaha berterusan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sentiasa aktif membantu golongan memerlukan serta meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor.

Hadir sama pada majlis hari ini, Pengarah Eksekutif TLJCF, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Kekuatan Rohani Mencegah Rasuah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More