Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tempat Menarik Di Melaka

5 Tempat Menarik Di Melaka sudah menjadi tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Melaka tidak kira pelancong tempatan mahupun asing . Malaysia sendiri sering menjadi pusat tumpuan pelancongan terutamanya dari Eropah. Iklim tropika dianggap unik bagi mereka yang tidak dapat merasa di tempat sendiri.

Melaka terkenal sebagai bandaraya bersejarah yang banyak memiliki khazanah tinggalan kesultanan melayu dan juga peninggalan artifak dari Portugis dan British. Oleh itu tidak hairanlah Melaka dinobatkan Kota Warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2008 seperti yang diceritakan dalam sejarah kesultanan melayu Melaka. 

Bagi yang tidak pernah melawat Melaka pasti tertanya-tanya apa istimewa nya negeri ini sehingga mendapat julukan seperti itu? Justeru itu, marilah kita sama- sama melihat 5 Tempat Menarik Di Melaka yang menjadikan Melaka adalah salah satu tempat yang paling menarik samaada pelancong dala negara malah dari luar negara kita.

Isi Kandungan

5 Tempat Menarik Di Melaka

Melaka River Cruise

5 Tempat Menarik Di Melaka

Bagi yang ingin memilih lokasi untuk berbulan madu, bolehlah melawat dan menaiki Melaka River Cruise ini. Ramai yang memilih untuk menaiki perahu ini pada waktu malam kerana suasana yang lebih romantik di kelilingi dengan lampu neon yang terlihat bercahaya warna- warni bak permata.

Anda akan dibawa mengelilingi sungai di kawasan sekitar melaka disamping diiringi irama muzik klasik. Menarik bukan? anda boleh merasa angin sepoi-sepoi bahasa menggamit zaman nenek moyang kita yang berdagang dengan menaiki perahu. Anda akan dibawa menyusuri sungai ini selama 45 minit dengan bayaran berharga RM 25 Dewasa dan RM 15 bagi Kanak-kanak.

Kota A Famosa

5 Tempat Menarik Di Melaka

Kota A famosa atau lebih dikenali sebagai kubu peninggalan Portugis yang dibina lebih 500 tahun dahulu. A Famosa terletak di Bandar Hilir, bersebelahan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dan Gereja St. Paul. Info menarik mengenai kota ini ialah, lebih kurang 400 tawanan buruh paksa  dipaksa untuk menyiapkan kubu ini dan mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan.

Kota A famosa menjadi kesenian berkonsepkan Eropah yang ditinggalkan oleh Portugis. Bagi yang suka bergambar dan melihat bangunan ala barat bolehlah berkunjung ke sini. Kota ini sesuai juga bagi mereka yang gemar menghirup udara segar dan sukakan pengembaraan. Yang paling penting masuk adalah percuma tanpa apa-apa bayaran.

Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka

5 Tempat Menarik Di Melaka

Ini adalah pandangan dari luar untuk muzium kesultanan melayu melaka ini. Muzium ini mengekalkan konsep rumah kayu melayu asli. Rumah ini dibina diatas tanah seluas 0.7 hektar dan menelan belanja sebanyak RM 1.4 juta. Bagi yang ingin menyelami sejarah melayu bolehlah datang kesini.

5 Tempat Menarik Di Melaka

Dari dalam, anda boleh lihat replika-replika manusia, barangan pada zaman dahulu kala yang dianggarkan 1300 jumlah artifak di dalamnya,. Replika ini sangat unik kerana tampak nyata. Muzium ini merupakan muzium kebudayaan yang pertama di negara kita. Sunnguh cantik sungguh indah dan yang paling penting masuk adalah percuma. Sambil anda melawat kota A famosa, anda juga boleh berkunjung di sini kerana tempat ini terletak hanya bersebelahan.

Zoo Melaka Dan Night Safari

5 Tempat Menarik Di Melaka

Zoo juga merupakan 5 Tempat Menarik Di Melaka untuk di kunjungi. Zoo di Melaka ini merupakan zoo terbaik dan kedua terbesar di malaysia. Di dalamnya terdapat  1200 haiwan dari 215 spesis yng berbeza. Harga masuk bagi dewasa RM 25 Dewasa dan  RM 15 untuk kanak-kanak. Bagi yang sukakan flora dan fauna, destinasi ini amatlah sesuai untuk anda.

Pantai Klebang Dan Gerai Makanan Di Sekeliling

5 Tempat Menarik Di Melaka

Pantai Klebang amatlah terkenal di sini. Pantai dilihat mampu menarik ramai pelancong asing kerana cuaca yang sesuai untuk berjemur di samping angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Anda semua boleh lihat keindahan pantai Klebang.sendiri, semestinya ramai yang bersesak-sesak semata-mata ingin menikmati pantai awal yang popular ini.

5 Tempat Menarik Di Melaka

Selain itu sambil main layang-layang di pantai klebang, bolehlah menikmati Coconut shake dan kuih keria. Ramai yang menyukai rasa asli coconut shake dan kuih keria ini. Makanan dan minuman ini wajib dicuba sekiranya berkunjung ke sini.5 Tempat Menarik Di Melaka 1

Di sekitar pantai klebang juga banyak gerai makanan yang menyediakan makanan yang sedap. Kepada yang suka mencari keunikan makanan boleh lah singgah di sini.

Kategori Memilih Destinasi Melancong

Sebelum pilih tempat melancong, anda semestinya inginkan tempat yang mengikut citarasa anda. Contohnya jika suka tempat sejuk semestinya Cameron Highland menjadi pilihan. Disini kami sediakan faktor-faktor dalam memilih tempat melancong.

Faktor-Faktor Menarik  Pelancong Untuk Berkunjung

Adalah menjadi satu kemestian bagi pelancong untuk datang ke sesuatu tempat. Berikut kami kongsikan antara faktor-faktor yang boleh menarik para pelancong datang ke tempat/negara kita.

  1. Identiti dan konsep sesebuah tempat
  2. Badget yang diberikan
  3. Makanan yang disajikan
  4. Flora dan Fauna yang boleh memberi kepuasan kepada pelancong

Tips: Jika anda suka mencari tempat makan yang sedap kat Melaka, anda boleh merujuk  20 Tempat Makan Popular Di Melaka yang semestinya menjadi tumpuan pelancong. Kami harap dapat membantu anda dalam memilih makanan yang sedap di Melaka.

Mari lihat video ini untuk membantu anda mendapat idea dalam memilih destinasi melancong di Melaka.

Syurga Makanan Atau Pusat Membeli Belah Mana Satu Pilihan Anda?

Kebiasaanya,  jika kita bercuti kita akan ada peneman bersama barulah percutian lebih menarik. Sama ada dengan ibu bapa, pasangan atau kawan-kawan. Semestinya kita mengharapkan mereka memiliki citarasa yang sama. Sewaktu bercuti, inilah masa untuk mencari jenis makanan yang tidak pernah kita cuba. Melaka banyak lokasi makanan yang sedap dan menarik. Jika anda seorang yang suka membeli barangan dan cenderamata sebagai kenang-kenangn semestinya anda akan suka berkunjung ke Free Port A Famosa Outlet dan Jonker Walk. Melaka menawarkan semua citarasa melancong yang anda inginkan. Tidak kira jantina semuanya pasti akan puas hati apabila berkunjung ke sini.

Sudahkah Anda Memilih Destinasi Pelancongan Anda?

Walaupun saat ini kita masih lagi melawan pandemik Covid-19, tetapi tidak salah rasanya jika kita mempunyai cita -cita untuk melancong, keadaan pasti akan pulih seperti sediakala dan sudah tentu  apabila tiba masanya Melaka pasti dipenuhi para pelancong tidak kira dimana asal mereka. Diharap 5 Tempat Menarik Di Melaka mampu membantu anda membuat pilihan. Jadikanlah Melaka salah satu destinasi pilihan anda kerana Melaka mempunyai 1001 keunikan yang mampu membuka minda anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More