Sumber Rujukan Globalisasi Anda

20 Tempat Makan Popular Di Melaka

20 Tempat Makan Paling Popular Di Melaka

Negeri Melaka bukan sahaja terkenal dengan banyak tempat menarik untuk dilawati, malah tempat-tempat makan yang sedap tidak kurangnya. Oleh itu tidak hairanlan negeri Melaka akan penuh sesak dengan pengunjung pada hari cuti tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negara.

Bermula dari menu sarapan pagi hinggalah makan malam, pelbagai jenis pilihan makanan boleh dipilih oleh pengunjung mengikut selera masing-masing. Di antara makanan yang popular di Melaka adalah seperti Asam Pedas, Coconut Shake, Kuih Keria, Ikan Bakar dan banyak lagi.

kali ini, kami menyediakan 20 Tempat Makan  Popular di Melaka untuk tatapan anda semua.

1.Klebang Original Coconut Shake

20 Tempat Makan Paling Popular Di Melaka

Kalau dah datang pantai Klebang, Korang wajib cuba Klebang Original Coconut Shake ini untuk hilangkan dahaga. Rasa kelapa muda yang asli  dikisar dengan isi kelapa  serta ditambah dengan ais krim vanila memang akan membuatkan anda semua rasa nikmat ditambah pula cuaca yang panas.

20 Tempat Makan Paling Popular Di Melaka

Di kedai ini juga ada menjual makanan lain seperti mee goreng, nasi lemak dan banyak lagi.

Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, 75250 Kesibang, Melaka

2. Roti Canai Kayu Arang

20 Tempat Makan Paling Popular Di Melaka

Dengan hanya memandu sekitar 15 minit dari Bandaraya Melaka, anda akan dapat merasa kelainan rasa roti canai yang dimasak dengan menggunakan dapur arang. Menarik Kan!!

Selain roti canai, banyak lagi makanan lain yang disediakan disini seperti nasi lemak, aneka kuih muih dan lain2.

Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka

3.Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

20 Tempat Makan Paling Popular Di Melaka

Bila datang ke Melaka anda wajib cuba salah satu asam pedas yang terbaik di Melaka yang terletak di Taman Kota Laksamana. Asam pedas ini dihidangkan dengan panas-panas berasap lagi untuk dinikmati oleh pengunjung.

Pelbagai pilihan asam pedas yang dihidangkan disini seperti asam pedas ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari dan banyak lagi. Lebih mengasyikkan, apabila asam pedas ini dinikmati bersama dengan kubis dan telur masin, memang menyelerakan.

Selain dari asam pedas,hidangan lain yang turut disediakan disini adalah seperti roti canai, roti john, nasi goreng cina, mee kari dan banyak lagi.

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka

4.Pak Putra Tandoori & Naan

Restoren ini terletak di Kota Laksamana yang dibuka dari petang hingga lewat malam.  Disini anda boleh menikmati pelbagai pilihan roti naan selepas penat berjalan-jalan di sekitar negeri Melaka.

Antara roti nann yang terdapat disini adalah roti naan garlic, naan cheese, naan keema atau naan kentang. Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, anda boleh makan roti ini bersama pelbagai jenis masakan ayam seperti ayam pasanda, ayam bombay, ayam hyperabadi, ayam butter, ayam kali mirch dan banyak lagi.

Dalam bermacam jenis ayam yang ditawarkan, anda mesti mencuba ayam tandoorinya yang dihasilkan menggunakan resepi rahsia. Kesedapannya mustahil dapat dilupakan.

Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

5.Mee Sup Tengkera

Warung makan Mee Sup Tengkera adalah satu warung legend di Melaka dan menjadi antara tempat makan yang perlu dikunjungi setiap kali datang Melaka. Mee Sup Tengkera atau turut juga dikenali sebagai Mee Gian adalah sebuah warung makan yang terkenal dengan hidangan popia goreng dan popia basahnya.

Dengan harga hanyalah dari RM1.40 setiap satu, anda boleh menikmati antara popia yang paling sedap pernah dirasai.

Hidangan lain yang turut boleh ditemui di sini selain popia adalah mihun supnya yang juga merupakan menu utama di kedai makan ni. Supnya agak simple namun boleh ditambahkan dengan lada sulah dan sos soya untuk diperkayakan lagi rasanya. Hidangan lain yang ada di sini adalah seperti mee goreng, mee bodo, kuey teow dan banyak lagi.

Alamat: Lot, 460, Jalan Tengkera, 75200 Malacca

6.Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Medan Ikan Bakar Sungai Duyung adalah salah satu syurga ikan bakar yang menjadi pilihan pengunjung setiap kali datang ke Melaka. Ikan-ikan segar yang dipilih oleh pengunjung akan dibakar menggunakan rempah ramuan yang digunakan sejak turun temurun.

Selain seafood bakar, ada banyak lagi masakan lain yang boleh dicuba seperti masakan tempura sotong, ketam masak cili api dan lain-lain.

Sambil menikmati hidangan, anda boleh menyaksikan pemandangan sungai kerana kedudukannya yang terletak di muara Sungai Duyung. Makan masakan laut yang segar sambil menikmati pemandangan yang juga menyegarkan, satu pengalaman yang tak patut anda lepaskan.

Alamat: KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka

7.Ikan Bakar Parameswara

Kalau datang bercuti ke Melaka anda tidak perlu risau kerana di Melaka terdapat banyak tempat makan yang sedap dan menarik . Kalu anda teringin makan ikan bakar, Ikan Bakar Parameswara adalah tempat yang patut anda cuba.

Di sini, bermacam jenis masakan seafood boleh anda dapati untuk makan malam bersama keluarga. Namun begitu, dalam banyak-banyak hidangan, masakan ikan bakar Parameswara adalah menu yang istimewa dan wajin anda cuba disini.

Selain ikan bakar, hidangan lain yang boleh dipesan untuk rasa yang tip-top adalah ketam sambal, udang goreng tepung, sotong goreng, kailan ikan masin, ikan siakap stim dan macam-macam lagilah. Anda sebenarnya boleh pilih daripada pelbagai pilihan seafood yang ditawarkan, seterusnya, boleh meminta supaya seafood yang dipilih tadi untuk dimasak mengikut citarasa anda.

Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, Kampung Umbai, 75460 Ayer Molek, Melaka

8.Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay

Medan Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay adalah sebuah kedai makan yang menghidangkan pelbagai sajian lazat dalam harga yang sungguh berpatutan.

Antara hidangan yang mesti dicuba di restoran ini adalah seperti kelah masak masam manis, sotong goreng tepung dan sup ketam. Selain ini semua, masakan sambal kicapnya dikatakan antara yang paling sedap boleh ditemui di Melaka.

Mengenai masakan seafoodnya, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis seafood yang ada seperti ikan kembung, ikan kerapu, ikan jenahak dan lain-lain lagi untuk dimasak dengan pelbagai gaya masakan contohnya masak tiga rasa, black pepper, goreng tepung atau banyak lagi. Orderlah apa saja, anda pasti tak akan kecewa dengan kesempurnaan rasanya.

Alamat: Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka

9.Medan Ikan Bakar Melaka Serkam

Ingin menikmati hidangan seafood sambil menyaksikan pemandangan yang memukau jiwa? Anda boleh singgah makan di Medan Ikan Bakar Melaka Serkam. Pemandangan yang menarik dari Jeti Sungai Serkam dapat anda saksikan terutama sekali pada waktu malam.

Berkaitan dengan seafoodnya, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis hasil laut segar yang ada seperti ikan kerapu, ikan pari, ikan kembung, sotong, ikan cencaru dan banyak lagi.

Seterusnya, pilih sahaja jenis masakan yang diidamkan, ingin dimasak masam manis, tiga rasa, goreng tepung atau sebagainya, biarkan tukang masak di dapur laksanakan ‘arahan’ anda sehingga ke tahap rasa yang paling sempurna.

Dah kenyang? Apa kata kalau anda singgah ke masjid bersejarah yang telah mencapai usia ratusan tahun iaitu Masjid Serkam Jamek yang terletak hanyalah beberapa tapak dari kedai makan ni.

Alamat: Jalan Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka

10. Cendol Kampung Hulu

Cendol Kampung Hulu - Gambar Restoran

Selepas penat berjalan-jalan di bandaraya Melaka, rehatkan diri anda dengan menikmati cendol lagi-lagi pada cuaca panas..Sunguh nikmat!!!

Cendol Kg Hulu sangat terkenal dengan kesedapan cendolnya serta dihidangkan dengan pelbagai variasi akan menarik minat pengunjung untuk singgah dan rasa cendol ini.

Rasa cendol di sini agak berbeza dan lebih pekat berlemak santan daripada cendol yang lain kerana cara penyediaannya yang lain daripada biasa. Kalau anda nak tahu, untuk menghasilkan cendol ini, mereka tidak menggunakan teknik biasa dengan santan dan ais, tapi menggunakan santan yang dibekukan yang kemudiannya dikisar. Dapat bayangkan kepekatan rasa lemaknya?

Sambil menikmati cendol, anda boleh melihat pemandangan di sekitar sungai Melaka yang menjadi laluan bot-bot pelancong. Satu pengalaman yang sangat menarik.

Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

11.Hot Chicken Cop

Teringin makan makanan ala-ala barat gitu, Hot chicken Chop adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Hot Chicken Chop menyediakan pelbagai variasi menu makanan barat dengan harga yang sangat berpatutan. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Blackpepper Chicken, Crispy CHicken Chop dan juga Pizza.

Selain menawarkan perlbagai variasi menu, Hot Chicken Chop juga menggunakan sos yang yang dihasilkan sendiri untuk memberi kelainan kepada para pengunjung.

Di samping itu, bahan mentah seperti daging untuk membuat Steak dan juga Lamb Shouldernya pula adalah daging halal yang diimport dari New Zealand.

Alamat: No. 23, Jalan TTC 26 A, Taman Teknologi  Cheng, 75250, Melaka

12. Kari Kepala Ikan Asahan | MITC Hotel Melaka

Kari Kepala Ikan Asahan MITC Hotel Melaka Cafe Image

Kari Kepala Ikan Asahan ada sangat sinonim dengan MITC Hotel Melaka. Rasa karinya yang pekat dan lazat akan membangkitkan selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Kari Kepala Ikan Asahan ini menawarkan set untuk 2 orang dengan harga bermula RM 68.00. Saiz hidangannya juga memang tidak mengecewakan dan anda akan pulang dengan kekenyangan selepas menikmatinya.

Alamat: MITC Hotel , Jalan Konvensyen, 75450 Ayer  Keroh,Melaka
13. Mango Float Royale Melaka

Manggo Float Royale Melaka adalah salah satu menu yang wajib dicuba oleh pengunjung yang datang ke Melaka. Rasa air buah mangga yang original bersama aiskrim vanila akan membuatkan anda berasa nikmat ditambah diminum pada waktu panas terik.

Selain float mannga ini, banyak menu lain yang turut terdapat di gerai ini untuk dinikmati bersama manggo float. Antara menu yang popular adalah seperti kuih keria, mee kari, jagung grill, meatball dan banyak lagi yang boleh dinikmati sambil bersantai-santai menikmati udara luar.

Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca
14. Mee Besen Original

Makan Mee dalam Besen? pelikkan bunyinya..tapi itulah hakikatnya yang berlaku. Mee Besen Original Melaka sangat terkenal kepada penggemar mee terutama penduduk negeri Melaka.

Dihidangkan dengan tiga saiz S,M dan superbig bergantung kepada bilangan pelanggan memang sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.

Selain boleh memilih saiz hidangan, pilihan jenis mee turut ditawarkan iaitu mihun, mee kuning, mee soya ataupun kuey teow. Kalau inginkan kelainan, apa kata anda cuba mee soya yang memiliki aroma harum dan bertekstur lembut. Tak rugi cuba dengan harganya yang begitu murah.

Alamat: 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka

15. Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam

Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam

Asam Pedas Pasar Borong batu Berendam antara salah satu asam pedas yang terbaik di Melaka. Jadi tidak hairanlah gerak ini sentiasa sesak dengan pengunjung yang ingin merasai sendiri rasa asam pedasnya.

Lokasinya yang terletak di dalam pasar borong cukup memudahkan pemilik kedai untuk mendapatkan stok seafood yang segar. Ini terbukti daripada rasa ikan yang digunakan dalam asam pedasnya yang begitu jelas kesegarannya.

Disini bukan sahaja anda boleh pesan menu asam pedas, banyak lagi menu lain yang anda boleh rasa  seperti roti canai, pelbagai jenis masakan western, aneka masakan bergoreng dan lain-lain lagi.

Alamat: Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam, Melaka

16. Wong Solo

Jika ada ingin rasa masakan dari Indonesia, anda tidak perlu terbang ke Indonesia lagi kerana di Wang Solo ada menyediakan hampir semua makanan dari Negara Seberang. Kedai ini terletak di Taman Melaka Raya.

Menu utama disini tentu sekali adalah ayam penyet, menu dari negara seberang yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Bagi yang suka pedas, tak akan kecewa dengan tahap kepedasan sambalnya, memang berasap! Ayamnya pula diperap sempurna untuk rasa yang bak kata orang putih cukup “marvelous.

Untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan yang beragama islam, surat turut disediakan disini .

20 Tempat Makan Popular di Melaka

Alamat: 1336, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

17. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Teringin makan sesuatu yang manis lepas puas melihat wajah-wajah manis di Melaka? Bolehlah datang ke Kuih Keria Antarabangsa Limbongan yang terletak di Kampung Limbongan ni.

Kuih keria yang bakal anda nikmati di sini sungguh rangup di luar, namun begitu empuk di dalam, lidah anda turut dapat merasai kemanisan yang sesedap rasa. Kesedapannya semakin berganda bila dinikmati panas-panas.

Cuma, diharapkan anda tidak berputus asa bila melihat barisan pengunjung yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli kuih keria ni. Jangan risau, sebaik kuih keria menyentuh lidah nanti, terus lesap kepenatan beratur.

Alamat: No 29, Jalan kristal merah, 2, Taman Limbongan Permai, 75200, Malacca, Malaysia

18. Restoren Cibiuk

20 Tempat Makan Popular di Melaka
Restoren Cibiuk menjanjikan suasana seperti di Bali Indonesia. Restoren ini menyajikan pelbagai menu dari negara Indonesia dan ada diantaranya jarang kita dengar seperti nasi timbel, nasi liwet, ayam bakakak dan banyak lagi. Dimakan pula dengan sambal dan ulam yang disediakan, memang tak rugi cuba.

Selain itu juga, banyak lagi menu lain yang sesuai dengan tekak orang Malaysia seperti sup ekor, sate dan banyak lagi.Walau apa pun yang anda rancang untuk pesan, segala bahan yang digunakan jelas terasa kesegarannya. Untuk minuman pula, anda mesti cuba jus avocadonya, sangat sedap.

Alamat: 8 & 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan Mitc Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

19. Mee Goreng Hassan

20 Tempat Makan Popular di Melaka
Kalau datang ke Melaka korang wajib cuba Mee Hassan atau Mee bodoh kerana rasanya lain dari mee biasa. Untuk pengetahuan anda, mee yang dihidangkan di sini dihasilkan dengan menggunakan resepi yang tersangatlah simple, termasuklah cara hidangannya yang hanyalah dimakan bersama dengan telur goreng mentah, sambal dan hirisan timun.

Jangan disangka mee yang simple ini tiada peminatnya, kalau anda singgah ke sini anda bakal dikejutkan dengan suasana yang meriah dengan orang ramai, yang bestnya, bukan hanya Melayu, tapi juga kaum Cina dan India. Kena cuba dulu baru tahu, harganya pun terlampau murah iaitu hanya RM2 sepinggan.

Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka

20. Cendol Jam Besar

Dah penat jalan-jalan pusing melaka? Sekarang masa untuk basahkan tekak plak ..hehe. Tempat pertama yang dicadangkan adalah Cendol Jam Besar yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Cukup senang mencari tempat ini.

Disini terdapat pelbagai variasi cendol seperti cendol durian, cendol pulut, Cendol pulut + durian, Cendol kacang dan banyak lagi. Selain cendol, ABC juga ada dijual disini bagi memberi banyak pilihan kepada pelanggan.

Bagi anda yang inginkan minuman yang lebih sihat, anda boleh cuba jus tembikainya yang boleh diminum segar daripada buah tembikai yang dilubangkan. Dengan menggunakan hand mixer, buah tembikai dihancurkan untuk menghasilkan jus. Rasanya, sangat manis dan menyegarkan.

20 Tempat Makan Popular di Melaka

20 Tempat Makan Popular di Melaka

Alamat: Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 20 Tempat Makan Popular di Melaka akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

MENARIK UNTUK DILAWATI:Tempat menarik di Pantai cenang, Tempat menarik di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More