Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pantai Klebang Melaka Destinasi Percutian Terbaik

Pantai Klebang Melaka adalah sebuah pantai yang terletak berhadapan dengan Selat Melaka. Antara tempat yang terletak berhampiran dengan kawasan ini adalah Tanjung Kling dan Batu Berendam. Pantai ini terletak 15 minit dari bandar Melaka, di hujung semenanjung Klebang, bukit pasir ini adalah hasil aktiviti penambakan tanah sejak sedekad yang lalu.

Tarikan utama di Pantai Klebang Melaka adalah Coconut Shake Original Klebang. Rasanya yang sedap membuatkan ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur hanya semata-mata untuk mendapatkan Coconut Shake Original Klebang.

pantai Klebang Melaka

Isi Kandungan

Aktiviti di Pantai Klebang Melaka

Pantai Klebang Melaka

Pantai Klebang Melaka

Dengan angin di sekita Pantai Klebang Melaka yang begitu rancak bertiupan dan permukaan pasir pantai yang lapang, anak-anak pula boleh bermain layang-layang yang banyak dijual di sini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk berseronok adalah bermain di taman permainan, meniup buih belon, bermain kereta elektrik  kanak-kanak yang ada disewakan di sini dan banyak lagi.

Sekiranya anda sekeluarga datang ke sini pada musim cuti sekolah, anda pasti tak akan kecewa dengan banyak lagi keseronokan lain yang ditawarkan di Pantai Klebang ni seperti aktiviti menunggang kuda padi, kereta kuda ataupun menaiki jentera ATV.

Fasiliti di Pantai Klebang Melaka

Pantai Klebang melaka

Di sini, anda akan dapat menikmati udara segar yang bertiupan sambil mendengar bunyi ombak yang memecah pantai. Disamping itu juga, fasiliti yang disediakan disini juga tidak kurang hebatnya. Antara fasiliti yang disediakan untuk pengunjung adalah seperti gerai jualan makanan, gerai jualan makanan, surat,taman permainan, tandas, bilik mandi dan banyak lagi

Pantai Klebang Beach Image

Lokasi Pantai Klebang Melaka

Kepada mereka yang dari Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke arah Selatan melalui Lebuhraya Utara – Selatan dan seterusnya keluar melalui Tol Ayer Keroh dan terus ke bandar Melaka.

Dari bandar Melaka pula, anda hanya perlu melalui perjalanan selama 15 minit untuk sampai ke Pantai Klebang Melaka.

Alamat: Pantai Klebang, Melaka.

Koordinat: 2.2164° N, 102.1925° E

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Pantai Klebang Melaka akan memberi sedikit info dan gambaran berkenaan  tempat ini. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my.Terima Kasih

MENARIK UNTUK DILAWATI: Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More