Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa.

Bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu oleh seluruh umat Islam. Bagi kanak-kanak, puasa Ramadan memang belum diwajibkan. Namun, langkah baiknya kalau anak dididik untuk memahami dan melakukan puasa Ramadan agar ia menjadi perkara yang biasa apabila sudah dewasa nanti. Dibawah ini adalah tip untuk sesuaikan anak anda semasa bulan ramadan ini.

bulan

Jelaskan makna bulan Ramadan dan amalan-amalan yang wajib

Sebelum menyuruh anak berpuasa Ramadan, jelaskan dulu tentang makna dan amalan-amalannya. Penjelasan ibu bapa perlu sesuai dengan tahap umur dan pengetahuan anak. Ia tidak perlu terperinci.

Jadilah contoh yang baik

Anak-anak akan selalu mencontohi ibu bapanya. Jika anak ingin belajar berpuasa, maka ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dengan tidak merungut semasa berpuasa dan melakukan amalan-amalan yang baik di bulan Ramadhan.

Berikan semangat dan hadiah apabila anak puasa

Ketika anak berlatih puasa, pasti akan timbul godaan-godaan yang akan menguji. Oleh itu ibu bapa perlu terus memberikan semangat dan motivasi apabila anak melakukan latihan berpuasa.

Bila perlu, berikan anak hadiah sebagai ganjaran jika dia berjaya untuk puasa sehari penuh. Tetapi jangan lupa jelaskan kepada anak tentang ganjaran yang lebih besar daripada Allah daripada ganjaran yang kita berikan. Pastikan anak-anak bepuasa bukan semata-mata ganjaran yang kita berikan. Ganjaran yang kita beri hanya satu semangat untuk anak-anak berpuasa sahaja.

Pelbagai ganjaran yang boleh diberikan kepada anak-anak, contohnya buku, wang dan makanan yang disukainya.

Melibatkan anak dalam kegiatan Ramadan

Ajak anak untuk melibatkan diri dalam kegiatan di bulan Ramadan. Kalau anak tak larat bangun untuk sahur, ajak anak untuk berbuka bersama.

Bawa mereka solat tarawih berjemaah di masjid atau belikan mereka tabung duit baru dan galakkan mereka untuk mengetepikan sebahagian wang harian mereka untuk didermakan kepada golongan miskin.

Jangan lupa untuk menjelaskan hikmah-hikmah yang boleh didapati dari aktiviti di bulan Ramadan tersebut.

Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa tidak perlu mengkritik atau mengejek-ejek di hadapan rakan-rakannya. Hargai keinginan anak untuk melibatkan diri di bulan Ramadhan.

Menghidangkan menu kegemaran anak ketika berbuka dan sahur.

Dengan menghidangkan menu kegemaran anak ketika berbuka dan sahur,  ini boleh menjadi dorongan supaya anak akan lebih semangat untuk berpuasa. Khususnya ketika sahur, kerana waktu sahur kanak-kanak masih mengantuk dan tidak mempunyai selera makan.

Berikan mereka buah-buahan segar dan jus buah-buahan segar yang penuh dengan kebaikan dan gula semula jadi agar mereka rasa segar dan kekal bertenaga.

Jika anak sempat sahur dengan makanan yang enak lagi berkhasiat, semangat berpuasa mereka akan lebih kuat dan pastinya boleh puasa sehari penuh.

Sumber bacaan: Modestmunchies.comMuslim Kid Genius

Artikel lain: Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Tabung Haji

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More