Sumber Rujukan Globalisasi Anda

e-LATiH KURSUS LATIHAN RAKYAT PERCUMA-200 Kursus Dalam 12 Bidang

Isi Kandungan

e – LATiH

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melancarkan platform agregrator kemahiran dan pengetahuan terbesar dalam talian, e-LATiH menerusi agensi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PDMB/HRDF) untuk rakyat Malaysia secara PERCUMA.

e-LATiH merupakan Hub e-pembelajaran yang boleh membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam khusus yang dimasukinya. Selain itu, ia juga mampu memberikan nilai tambah kepada pencari kerja yang masih tidak mempunyai apa – apa kemahiran bekerja.

e-LATiH telah menyediakan lebih 200 kursus latihan berasaskan keperluan industri di Malaysia secara percuma.

Antara penyediaan platform e-LATiH adalah untuk:

  • Memberikan akses percuma kepada lebih 200 kursus latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri di Malaysia
  • Membolehkan rakyat Malaysia membuat persiapan untuk masa depan dengan mengakses ratusan pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan
  • Mendorong rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka

TEMPOH KURSUS

e-LATiH disediakan sepanjang tempoh 6 Februari 2021 sehingga 5 Februari 2022

BIDANG KURSUS DITAWARKAN

e-LATiH telah menyediakan 200 kursus dalam 12 bidang dalam bahasa Inggeris untuk ketika ini. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

  1. Pendigital
  2. Kemahiran Kewangan
  3. Kesihatan dan Keselamatan
  4. Industri Khusus
  5. Bahasa
  6. Kepimpinan
  7. Pemasaran dan Inovasi
  8. Pembangunan Peribadi
  9. Programming
  10. Pengurusan Projek
  11. Pengaturcaraan Kelestarian
  12. Servis Pelanggan

Pelbagai bahasa  akan disediakan pada masa akan datang*

Pendaftaran e-LATiH

Rakyat Malaysia yang ingin mendaftar e – LATiH untuk menyertai kursus latihan percuma boleh pergi kepada pautan elatih.hrdf.com.my  terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran dengan langkah berikut:

  • Tekan Create An Account

kursus e-latih

  • Masukkan maklumat yang diminta seperti dibawah dan tekan continue

kursus e-latih

  • Selepas itu anda perlu masukkan maklumat lebih lanjut seperti berikut
    • No. Kad Pengenalan
    • No. Telefon
    • Status Pekerjaan Anda
    • Peringkat Pembelajaraan Anda
    • Penempatan Negeri Untuk Ketika Ini
  • Tekan Create Account selepas selesai.
  • Seterusnya, ID dan kata laluan akan dihantar melalui emel anda
  • Masuk dalam laman sesawang https://www.elatih.com/user/login
  • Sekarang anda dah boleh pilih mana – mana kursus latihan yang anda ingin sertai. Terdapat lebih 200 kursus menunggu anda dan satu hari memang takkan habis.

Gunakan kemudahan ini untuk memperluaskan lagi pengetahuan dan skil anda dengan sebaiknya. Pencari kerja / Penganggur / Graduan perlu memanfaatkan peluang keemasan ini bagi memudahkan kemasukan ke alam pekerjaan ataupun mengembangkan lagi ilmu keusahawanan.

Artikel lain :  Skim Bantuan TUNAS, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More