Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021

Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021 kini dibuka. Institut  Kemahiran Belia Dan Sukan (IKBS) kini membuka pengambilan peserta Program Bootcamp KBS-NGPP Plant Operation & Maintenance sesi latihan April-Jun 2021. Program ini bertujuan untuk melatih belia dalam bidang tersebut di IKBN Pekan.

Program ini semestinya dapat membantu mengenalpasti kerja yang bersesuaian dan kemahiran sosial yang perlu dilatih dalam program bootcamp. Peserta program bootcamp ini juga berpeluang untuk bekerja sebaik sahaja tamat latihan dengan jaminan gaji, permulaan yang baik.

Isi Kandungan

MAKLUMAT PROGRAM BOOTCAMP KBS 2021

  • Nama program : Program Bootcamp KBS-NGPP – Plant Operation & Maintenance
  • Sesi latihan : April hingga Jun 2021
  • Tempoh program : 3 bulan
  • Penempatan : IKBN Pekan

SKOP PROGRAM

Skop program adalah meliputi pembelajaran :

  • Teori
  • Amali
  • Plant based immersion program

Bertempat di IKBN Pekan, selama 3 bulan

FAEDAH PESERTA

Peserta yang berjaya tamatkan program akan mendapat :

  • Penempatan terus ke industri
  • Menerima pendapatan bulanan sebanyak RM 1,200 sehingga RM 1,500

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut

  1. Belia berumur 24 tahun dan ke bawah
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira
  3. Berperwatakan positif
  4. Sedia bekerja dalam kumpulan
  5. Sihat mental dan fizikal
  6. Tiada rekod jenayah
  7. Bebas dari penyalahgunaan dadah
  8. Bersedia menjalani latihan selama 3 bulan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan atas talian di pautan berikut :

BORANG PERMOHONAN SLDN & INDUSTRIAL BOOTCAMP IKBN PEKAN

Program ini adalah program Train & Place. Pelajar yang memasuki kursus ini akan dilatih di IKBN Pekan seterusnya ditempatkan di industri. Hanya calon yang terpilih akan ditemuduga oleh pihak industri. Calon terpilih akan dihubungi oleh pegawai IKBN. Calon yang tidak dihubungi selepas 31 Julai 2021 dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cawangan Hubungan Industri IKBN Pekan di talian berikut

PROGRAM BOOTCAMP IKBN 2021PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021 dapat memberi manfaat buat anda semua. Untuk lebih banyak info, isu semasa serta bahan-bahan pendidikan terkini dan terbaik sila layari http://t.me/tcerdotmy. Terima Kasih.

Anda juga mugkin berminat dengan :

Jawatan Kosong di UMP Advanced

Permohonan ke Program Matrikulasi, PISMP, PCC dibuka mulai 15 Mac

Program Diploma Perguruan Malaysia Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More