Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Durian Crepe Homemade Mudah , Sedap & Gebu!

Durian crepe ialah sejenis pencuci mulut atau dessert yang menggunakan isi durian yang ditambah dengan cream segar, kemudian dibalut dengan kulit yang nipis.

Isi Kandungan

Resepi Durian Crepe

Resepi durian crepe yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.

Intinya yang padat, gabungan durian krim yang segar makan pula sejuk-sejuk sangat sedap! Setiap gigitan terasa duriannya!

Resepi Durian Crepe Homemade Mudah , Sedap & Gebu! 1

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.

Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat durian crepe ini adalah seperti berikut:

  • ½ Cawan Tepung Gandum
  • ½ Cawan Tepung Ubi Kayu
  • 2 Sudu Tepung Jagung
  • 2 Biji Telur
  • 1 Cawan Susu Fresh Milk
  • ½ Cawan Air
  • 1 Sudu Minyak Masak
  • Sedikit Garam
  • Pewarna Kuning
  • Non-Dairy Topping Cream (untuk dapatkan krim yang cantik dan tidak lembik)
  • Durian

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat durian crepe ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu, tepung jagung, telur, susu fresh milk, air, minyak masak, garam dan pewarna kuning ke dalam pengisar.
  2. Kisar semua bahan tersebut, kemudian tapis.
  3. Panaskan kuali.
  4. Tuangkan sedikit adunan yang telah ditapis tadi dan lebihan adunan tuang semula ke dalam adunan asal kerana kita ingin hasilkan crepe yang nipis sahaja. Kuali juga pastikan jangan terlalu panas.
  5. Masak sehingga adunan sudah tidak melekat pada kuali.
  6. Kemudian, boleh keluarkan crepe yang sudah dimasak daripada kuali dan letakkan di atas pinggan.
  7. Masukkan non-dairy topping cream yang telah dipukul (whisk) dan durian yang telah dilenyek “layer by layer” iaitu “krim, durian, krim”.
  8. Kemudian, lipat dan balut seakan-akan bantal.
  9. Boleh masukkan ke dalam cawan kertas atau sebagainya.
  10. Sedia untuk dimakan sejuk-sejuk.

Seterusnya, anda juga boleh cuba buat pulut durian jika banyak lagi durian dekat rumah yang tidak tahu nak buat apa tu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More