Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu CCRIS?

Apa itu CCRIS? Betul ke kalau rekod CCRIS buruk susah dapat pinjaman bank? Macam mana kita boleh dapatkan info tentang laporan CCRIS? Bagaimanakah pula pihak bank atau institusi kewangan dapatkan rekod kredit anda? Hal ini sering terjadi pada kita semua yang baru nak buat pinjaman bank samada untuk membeli kereta atau rumah. Suka tak suka memang inilah yang kita perlu hadapi.

Isi Kandungan

Apa Itu CCRIS

CCRIS bermaksud Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Ia adalah sistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Maklumat ini boleh didapati kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah syarikat) diri atas permintaan. Yang terbaru, anda boleh dapatkan info CCRIS di kiosk BNMLINK.

apa itu ccris
Salah satu tempat untuk anda dapatkan CCRIS adalah di BNMLINK.

Sistem bank-bank individu biasanya sudah bersepadu dengan sistem CCRIS dan secara automatik mengeluarkan laporan kredit / entiti individu semasa proses kelulusan kredit / pinjaman.

Rekod CCRIS termasuklah:

  1. Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN)
  2. Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuk sebarang tunggakan
  3. Sebarang pinjaman ‘Special Attention’ atau pinjaman di bawah pemerhatian bank
  4. Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula

Setiap institusi kewangan yang mengambil bahagian (Termasuk semua bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan, bank pembangunan, beberapa syarikat-syarikat insurans, pengeluar instrumen pembayaran dan institusi pemulihan) dikehendaki mengemukakan amalan kredit pelanggan mereka untuk sistem berpusat ini.

apa itu ccris
Contoh Laporan CCRIS. (Sumber Majalah Labur)

Apa Beza CCRIS dan CTOS

Kedua-duanya menyediakan laporan kredit. Bezanya, CCRIS dibawah Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta. Satu lagi perbezaan utama ialah bagaimana maklumat tersebut dikumpulkan. CCRIS memperolehi maklumat daripada institusi kewangan. Manakala CTOS mendapatkan maklumat berkaitan kredit daripada sumber awam seperti yang kita dibincangkan sebelum ini. Namun, kedua-duanya menyediakan laporan kredit walaupun perbezaannya  adalah bagaimana maklumat kredit tersebut diperolehi.

Apa Itu CTOS

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.

CTOS mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.

Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS termasuk status muflis individu, tindakan undang-undang, status kes, pemilikan perniagaan dan sebagainya.

Sama seperti CCRIS, CTOS tidak akan mengeluarkan pandangan, komen, atau menyenarai hitam mana-mana individu. Anda boleh mendapatkan laporan CTOS melalui MyCTOS. Pertama, anda perlu daftar diri anda untuk memperoleh ID Pengguna CTOS. Selepas anda mengaktifkan ID, laporan anda boleh diakses bila-bila masa temasuklah melalui aplikasi CTOS.

Kenapa CTOS dan CCRIS Penting?

Sebab utama yang buat CTOS dan CCRIS sangat penting ialah apabila anda ingin memohon pinjaman atau kad kredit. Sebelum bank menentukan sama ada permohonan anda boleh diproses atau tidak, bank akan merujuk kepada rekod kredit anda.

Rekod kredit ini sudah tentulah diperolehi daripada laporan CTOS dan CCRIS. Daripada rekod ini, bank akan menilai sama ada mereka sanggup menanggung risiko atau tidak dengan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Jika rekod kredit anda cantik – tiada tunggakan atau sebarang senarai hitam, sudah tentu tiada masalah untuk bank meluluskan permohonan pinjaman atau permohonan kad kredit anda. Tetapi, jika sebaliknya – bank tak akan berani tanggung risiko dan akan menolak permohonan anda.

Maklumat pada laporan CTOS dan laporan CCRIS juga akan bank gunakan untuk mengira nisbah kredit anda (Debt Service Ratio – DSR). Jika anda sudah ada banyak pinjaman, bank akan berfikir dua tiga kali untuk meluluskan pinjaman anda kerana anda sudah termasuk dalam kategori komitmen tinggi – walaupun bayaran bulanan anda cantik.

Semua ini akan dikira oleh sistem bank. Oleh kerana sistem kiraan setiap bank adalah berbeza, hanya bank sahaja yang tahu bagaimana rekod kredit anda dikira untuk menentukan peluang kelulusan pinjaman anda. Oleh itu, adalah penting anda menjaga rekod kredit anda untuk kemudahan anda buat pinjaman atau memohon kad kredit pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan: Apa Itu ASB

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More