Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Bekalan Air Percuma 2023 Sehingga 2024

Bantuan Bekalan Air Percuma 2023 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Seperti yang kita tahu, Negeri Selangor antara salah satu negeri yang sentiasa mengalami krisis masalah kekurangan bekalan air. Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Maklumat lengkap berkenaan Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini anda boleh lihat DI SINI

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Semestinya ini adalah salah satu usaha berterusan kerajaan negeri Selangor yang mahu meringankan beban dan komitmen bulanan dikalangan isi rumah yang berada pada golongan B40.

Isi Kandungan

Bantuan Bekalan Air Percuma 2023

Skim Air Darul Ehsan (SADE) ialah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar yang berkelayakan. Mereka yang layak menerima bantuan bekalan air percuma ini adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  • Premis kediaman mempunyai meter individu.
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau satu premis sahaja.
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).

Bantuan Bekalan Air Percuma 2023

Cara Memohon Bantuan Bekalan Air Percuma 2023

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Seterusnya, jika anda berkelayakan untuk memohon bantuan bekalan air percuma 2023 tetapi tidak menerima 20 meter padu air percuma yang dinyatakan di atas, anda boleh membuat permohonan secara atas talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) atau anda boleh menekan link dibawah

>>MOHON BANTUAN BEKALAN AIR PERCUMA 2023 ANDA DISINI<<<

Selain itu, permohonan bantuan bekalan air percuma 2023 ini juga boleh dilakukan secara manual melalui Kaunter Perkhidmatan di mana-mana 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM). Dimaklumkan sekali lagi, semua penerima rebat sedia ada dan pemohon baru SADE yang layak akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Sumber Daripada: SelangorTV

Tips Penjimatan Air

Disini admin nak kongsikan sedikit tips penjimatan air yang boleh diamalkan bersama oleh semua pengguna ketika penggunaan air iaitu:

  1. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  2. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  3. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
  4. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
  5. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  6. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  7. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah.
  8. Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
  9. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  10. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.
  11. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
  12. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

Jadi, ini antara tips penjimatan air yang admin boleh kongsikan kepada semua pengguna supaya penggunaan air dapat digunakan dengan kadar yang betul dan mengelakkan pembaziran air di rumah anda.

Adakah sedikit perkongsian tentang Bantuan Bekalan Air Percuma 2023 ini membantu anda? Jika ianya membantu, kami sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info ini kepada orang terdekat juga. Di samping itu, anda juga boleh membaca info bantuan-bantuan lain yang terdapat di portal kami antaranya Bantuan Tunai Rakyat 2023 Kategori Bujang dan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 kerana pada portal Tcerdotmy kami hanya kongsikan info-info terkini yang padat dan tepat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More