Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak adalah satu bentuk bantuan permulaan secara one-off kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Universiti, sama ada dalam mahupun luar negara.

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak 2021Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak 1

 

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak ini mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti berikut:

  1. Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  2. Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  3. Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  4. Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

 

Bantuan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara) dan Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara).

 

 

Isi Kandungan

Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara)

 

Kadar Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak secara one-off ini adalah mengikut peringkat pengajian seperti di dalam gambarajah jadual di bawah:

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak 2021
Jadual Kadar Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara) Mengikut Peringkat Pengajian

 

Syarat-syarat untuk memohon Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak bagi kategori Dalam Negara adalah seperti berikut:

  1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
  2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
  3. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di            Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar                Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

 

Klik di sini untuk mendapatkan senarai IPT dalam negara yang layak untuk permohonan.

 

 

 

Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara)

 

Kadar bagi Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara) adalah berdasarkan peringkat pengajian dan juga kategori negara seperti berikut:

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak 2

Agihan negara mengikut kategori adalah seperti di bawah, berpandukan maklumat daripada laman web Yayasan Perak.

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak 3
Negara tersenarai dalam Kategori A
Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak 4
Negara tersenarai dalam Kategori B

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

 

Syarat-syarat untuk memohon Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak bagi kategori Luar Negara adalah seperti tersenarai di bawah:

  1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.
  2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.
  4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  5. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

 

 

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan

 

Bagi kedua-dua jenis permohonan Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak, berikut adalah senarai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk proses permohonan:

  1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).
  2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).
  4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.
  5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).
  6. Borang Permohonan:

a) Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak                       sahaja);                                                                                                                                                          b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin                                 Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

 

Nota Penting:

  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

 

 

Cara-cara Permohonan

 

Permohonan Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak boleh dibuat secara online di laman web Yayasan Perak di pautan ini: PERMOHONAN

Borang Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing. Borang juga boleh didapati di sini.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian berkenaan Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal memasuki Institut Pengajian Tinggi bagi sesi 2021. Semoga maju jaya buat semua pelajar-pelajar Malaysia, tidak kira di mana jua anda bakal menimba ilmu.

Untuk mendapatkan lebih lagi maklumat dan berita terkini, anda boleh klik pautan ini: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Nombor Pin UPU BSN 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More