Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kanak – kanak RM200 – RM1000

Isi Kandungan

Pengenalan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengadakan bantuan kanak – kanak sekali lagi pada tahun ini. JKM juga mennyatakan bahawa jumlah nisbah bantuan anak JKM akan meningkat daripada jumlah bantuan yang lalu.

Jumlah Bantuan Yang Lama

  • Maksimum untuk seorang anak adalah rm100.
  • Sekiranya ibu bapa mempunyai lebih daripada 4 orang kanak – kanak, mereka akan mendapat rm450.

Jumlah Bantuan Kanak – kanak 2021

  • Ibu bapa akan mendapat RM150 sebulan bagi seorang anak berumur 7 hingga 18 tahun.
  • Maksimum sebanyak RM1000 sebulan sahaja bagi satu keluarga yang besar

Permohonan Bantuan Kanak – kanak JKM 2021

Anda boleh memohon skim ini menerusi secara atas talian:

bantuan

  • Tekan menu Daftar Permohonan Atas Talian

bantuan

  • Tekan butang Daftar Permohonan.

bantuan

  • Pada halaman seterusnya pilih negeri anda dan isikan nombor kad pengenalan anda
  • Tekan butang Daftar.
  • Isikan makluman lain yang berkaitan.

Sila datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut kawasan yang anda lamar dalam 14 hari setelah mendaftar secara dalam talian .Jika tidak, aplikasi akan ditamatkan secara automatik

Pastikan anda bawa dokumen – dokumen penting semasa hadir ke pejabat:

  • Salinan Mykad / Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran Sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan Penyata Pendapatan / Surat Akuan Pendapatan (Jika Bekerja Sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (bil air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Untuk memohon secara manual, anda boleh pergi ke mana – mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Syarat Kelayakan

Antara syarat – syarat bagi permohonan bantuan kanak – kanak JKM adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Sekiranya kanak – kanak di bawah 18 tahun bersekolah sehingga sekolah menengah atau tidak, (kedua – dua boleh dipertimbangkan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat  lanjut yang berkaitan, anda boleh hubungi Pejabat JKM di daerah anda ataupun pergi ke alamat ibu pejabat dibawah ini:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 
03 – 8000 8000
Faks:
03 – 8323 2045

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More