Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti RM300/bulan

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti sebanyak RM300/bulan adalah satu bentuk bantuan untuk pelajar yang mendapat tempat di Kolej Komuniti, dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan ini akan diterima pelajar untuk selama 2 semester pengajian sahaja.

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti?

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau BKPKK ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar kolej komuniti yang menepati syarat-syarat kelayakan. Bantuan kewangan ini adalah bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan mereka ketika berada di Kolej Komuniti untuk pembelajaran.

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

Soalan Penting Berkenaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti?

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan atau kriteria untuk memohon BKPKK ini:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. BKPKK hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil jangka panjang sahaja (pengajian sekurang-kurangnya 5 semester : peringkat sijil)
  3. Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah (tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah)
  4. Pelajar perlu tandatangan 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  5. Pelajar hendaklah mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program

Berapakah Jumlah Bantuan Kewangan Yang Akan Pelajar Terima?

  • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti ini hanyalah untuk 2 semester sahaja.
  • Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti adalah 6 bulan dan pelajar yang layak akan menerima RM300 sebulan atau RM1,800 satu semester.
  • Jumlah keseluruhan bantuan kewangan adalah RM3,600 untuk 2 semester pengajian.

Adakah Bantuan Kewangan Ini Ambil Kira CGPA?

Ya, pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini perlu mendapat CGPA minimum 2.0 pada sepanjang semester pertama bagi melayakkan mereka untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar tidak capai CGPA minimum tersebut pada semester pertama, pembiayaan BKPKK ini akan ditamatkan serta merta.

Bagaimanakah Caranya Untuk Memohon?

Pelajar baru ataupun pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang layak mengikut syarat-syarat yang telah diberikan boleh membuat permohonan melalui Kolej Komuniti masing-masing. Pastikan anda ikut arahan, dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan.

Bagaimana Untuk Semak Permohonan?

Untuk menyemak status permohonan anda, boleh terus berhubung dengan pusat Kolej Komuniti anda, ataupun anda boleh semak secara online di pautan ini: app.mypolycc.edu.my

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti ini, anda boleh hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Anda juga boleh layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat.

Apakah Bantuan Kewangan Lain Yang Boleh Dipohon?

Bagi memudahkan anda semua, di sini kami senaraikan beberapa bentuk bantuan kewangan yang anda boleh dipohon untuk tahun ini:

  1. Anda boleh mendapatkan peranti percuma untuk pembelajaran anda dengan memohon Bantuan PerantiSiswa, dan permohonan bakal dibuka tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pautan ini: Mohon Bantuan Pakej PerantiSiswa Untuk Dapatkan “Peranti Percuma” April 2022 Ini
  2. Anda sudah semak status permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022? Boleh baca lanjut berkenaan semakan tersebut di pautan berikut: Terbaru: Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP mulai 9 April 2022
  3. Adakah anda dikuarantin baru-baru ini disebabkan jangkitan COVID-19? Bagi yang telah menjalani kuarantin sebelum 31 Mac 2022, anda boleh buat permohonan Bantuan Khas COVID-19 dengan melayari pautan ini:  Bantuan Khas Kuarantin Covid 19

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More