Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022 telah diumumkan Menteri Besar Selangor, dan bantuan tunai sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1000 akan diberikan kepada penjawat awam di Negeri Selangor. Insentif khas ini bakal dibayar kepada kakitangan awam pada 27 April 2022 nanti.

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Selangor Tahun 2022?

Bantuan khas ini adalah satu bentuk bantuan khas kewangan yang akan diberikan kepada beberapa golongan terutama kakitangan awam di negeri Selangor bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Bantuan ini telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam (8 April 2022).

Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. – Gambar fail BERNAMA. (Sumber : Astro Awani)

Bantuan ini adalah bertujuan menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam kerana tidak pernah penat dalam memakmurkan negeri Selangor bersama-sama. Insentif ini bakal melibatkan dana sebanyak RM 39.15 juta, dan diberikan nama Insentif Rahmah Ramadan Selangor. (Sumber : Astro Awani)

Soalan Berkaitan Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022

Apakah Nama Untuk Bantuan Khas Aidilfitri Selangor?

Bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri ini dinamakan sebagai Insentif Rahmah Ramadan Selangor.

Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
Sumber Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor

Siapakah Yang Bakal Menerima Bantuan Khas Aidilfitri Selangor?

Insentif Rahmah Ramadan Selangor ini bakal memanfaatkan golongan berikut:

  1. Penjawat awam negeri Selangor
  2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  3. Tuan Speaker Dewan Negeri
  4. Timbalan Speaker Dewan Negeri
  5. Ahli Dewan Negeri
  6. Ahli Pengurusan Tertinggi
  7. Anggota perkhidmatan awam kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
  8. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  9. Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun
  10. Ketua Komuniti India
  11. Setiausaha MPKK
  12. Penyelia Wanita Berdaya Selangor
  13. Penggerak Belia Selangor (PeBs)
  14. Penggerak / Petugas Masjid (bagi menghargai jasa mereka mengimarahkan masjid)

Berapakah Kadar Bantuan Khas Aidilfitri Selangor Yang Akan Diberikan?

Kadar bantuan adalah terbahagi kepada:

  • Bagi golongan penjawat awam (1 hingga 7 seperti di atas) sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 bakal diberikan
Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
Sumber Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor
  • Bagi golongan pemimpin masyarakat (8 hingga 12 seperti di atas), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi.
Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
Sumber Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor
  • Untuk Penggerak Belia Selangor (PeBs) dan Petugas Masjid, RM500 akan diberi
Bantuan Khas Aidilfitri Selangor
Sumber Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor

Bila Bantuan Khas Aidilfitri Selangor Akan Dibayar?

Bantuan khas ini akan dibayar pada 27 April 2022 nanti.

Maklumat Tambahan Berkenaan Bayaran Bantuan

  • Bantuan untuk Penggerak Belia Selangor (PeBs) akan dibiayai oleh kerajaan negeri.
  • Pemberian bantuan kepada penggerak masjid akan disalurkan melalui inisiatif khidmat sosial korporat/program tanggungjawab sosial (CSR)  anak syarikat kerajaan negeri (Sumber: Berita Harian)

Apa Lagi Bantuan Khas Aidilfitri Yang Ada?

Setakat ini, ada beberapa lagi bentuk bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah diumumkan bagi tahun 2022. Di sini kami senaraikan bantuan khas kewangan Aidilfitri yang sudah diumumkan:

  1. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 untuk semua penjawat awam di Malaysia yang berjumlah RM500, dan RM250 bagi pesara kerajaan. Anda boleh baca lebih lanjut di : Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, telah membuat pengumuman akan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 untuk semua penjawat awam di negeri Kedah sebanyak RM1,000. Anda boleh baca di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More