Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bayaran Untuk Permohonan i-Sinar Sedia Ada Bermula 3 Mac 2021

Isi Kandungan

Pengenalan

Permohonan kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai 2 Mac 2021.

Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i – Sinar tanpa kriteria dibuat. KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari – hari berikutnya.

permohonan

Permohonan Baharu

Permohonan baharu yang mencerminkan pemanushan kriteri akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli KWSP bukan warganegara Malaysia. Borang yang telah diisi akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status dan tarikh bayaran.

Ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah diphon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i -Sinar Online.

Jumlah Pengeluaran i – Sinar

Jumlah pengeluaran i – Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini iaitu:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1). mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (AKaun 1). mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga maksimum RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi talian khas i – Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 – 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Artikel lain:  Semakan Temuduga Graduan Pendidikan,Trend Biasiswa ISMP, Pendaftaran ePraSekolah, Pendaftaran Murid Tahun 1, Program DPLI 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More