Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BNM Turunkan Kadar Faedah

Pada penghujung April lalu, BNM telah mengeluarkan pengumuman tentang Moratorium Yang Akan Dikenakan Faedah selepas diumumkan sebelumnya tiada dikenakan faedah. Penulis sendiri ada membaca komen-komen di Page BNM, rata-rata netizen marah dengan tindakan tersebut.

Agrobank mengumumkan ia tidak akan mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak moratorium automatik untuk enam bulan. Selanjutnya boleh BACA DISINI

Manakala Bank Rakyat Minta Pelanggan Beri Maklumbalas Sebelum 29 Mei 2020. Pelanggan yang tidak memberikan maklumbalas dalam tempoh yang diberikan akan dikirasebagai tidak meneruskan  moratorium.

BNM
BNM

Sekiranya  ada diantara anda yang menjadi pelanggan dengan Bank Rakyat, silalah berbuat demikian iaitu dengan memberi maklumbalas sebelum tarikh yang nyatakan di atas.

Berita Ringkas Mengenai OPR dari BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menurunkan kadar dasar semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan pinjaman tempatan sebanyak 0.50 peratus kepada 2.00 peratus.

Ini menjadikan kadar siling dan lantai bagi koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus, kata Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank pusat itu yang bermesyuarat hari ini.

BNM berkata, persekitaran ekonomi global menjadi bertambah lemah secara mendadak.

Katanya, beberapa langkah untuk membendung pandemik COVID-19 menyebabkan gangguan aktiviti ekonomi merentasi kebanyakan negara.

“Petunjuk terkini menunjukkan bahawa ekonomi global sudah pun menguncup, dengan pertumbuhan global diunjurkan menjadi negatif bagi tahun ini.

“Persekitaran kewangan juga menjadi sempit di tengah-tengah meningkatnya risiko dan ketidaktentuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di Malaysia, bank pusat menegaskan bahawa keadaan ekonomi domestik turut terjejas akibat pandemik ini.

Katanya, langkah pembendungan yang meluas di seluruh dunia, penutupan sempadan antarabangsa dan keadaan permintaan luar yang seterusnya lemah akan memberikan kesan lebih besar terhadap kegiatan ekonomi dalam domestik.

“Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikuatkuasakan di negara ini untuk membendung virus ini daripada merebak, perintah itu juga mengekang kapasiti pengeluaran dan perbelanjaan.

“Keadaan pasaran pekerja juga dijangka ketara lebih lemah. Keadaan ekonomi akan menjadi sangat mencabar, terutama pada separuh pertama 2020,” katanya.

Namun demikian, BNM berkata, langkah rangsangan fiskal bersama-sama langkah monetari dan kewangan akan menyokong ekonomi.

Bank pusat berkata, tekanan inflasi dijangka menjadi sederhana dan purata inflasi keseluruhan mungkin menjadi negatif tahun ini, terutama disebabkan oleh unjuran harga minyak dunia yang ketara lebih rendah.

Katanya, sektor kewangan negara terus teguh dengan institusi kewangan beroperasi menerusi penampan modal dan mudah tunai yang kukuh.

Kredit : BH

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More