Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara buat kek batik

Cara Buat Kek batik perlu ada dalam setiap resipi dessert dirumah. Dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat.

Isi Kandungan

Cara Buat Kek Batik Marie Simple dan Sedap

cara buat kek batik

Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba ye.

Bahan-Bahan:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega/butter
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8″x8″.
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips:

  • Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

Kredit : Resepi Che Nom

 

Cara Buat Kek Batik Marie Dengan Topping Coklat Ganache

Cara buat kek batik 1
Kredit gambar : Che Non

Bahan-bahan untuk kek batik:

  • 2 pek/ 540-600g biskut marie
  • 1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
  • ½ cawan / 153g susu pekat
  • ½ cawan / 50g serbuk koko
  • 1 cawan / 120g serbuk milo
  • ½ cawan / 118 ml air panas
  • ½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila

Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:

  • 200ml /200g whipping cream
  • 200g dark chocolate
  • 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
  • 1 sudu besar butter

Cara Penyediaan:

    1. Cara-cara untuk kek batik:
      1. Patah-patahkan biskut marie.
      2. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.
      3. Masukka air panas, garam (kalau guna unsalted butter), telur dan esen vanila. Kacai sampai halus licin.
      4. Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
      5. Tuang ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking atau plastik. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.
    2. Cara-cara untuk topping coklat ganache:
      1. Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave.
      2. Setelah panas tuang whipping cream ke atas dark chocolate yang sudah dicincang kasar.
      3. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sampai sebatu, tidak berketul dan licin.
      4. Terus tuang atas permukaan kek batik tadi.

Tips:

    • Masak kesemua bahan guna api perlahan je.
    • Gaulkan biskut marie sedikit demi sedikit supaya senang nak sebati.
    • Tunggu sekejap 2-3 minit sehingga biskut lembut sikit baru tuang dalam loyang.
    • Kalau boleh guna coklat berkualiti tinggi supaya rasa kek batik lebih sedap.

Penutup 

Diharap perkongsian berkenaan dengan cara buat kek batik ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba.

Artikel berkaitan : Cara Masak Daging Lembut di Makan, WAJIB Potong Arah Betul Cara Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai, Sepantas 1 minit!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More