Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Cara Buat Roti Canai Yang Sedap Dan Mudah Hanya Di Rumah

Cara Buat Roti Canai ini dikongsikan kepada sesiapa sahaja yang berkehendak menyediakan hidangan roti canai di rumah. Banyak cara yang mudah untuk menyiapkannya buat seisi keluarga. Baca artikel ini.

Cara Buat Roti Canai

Roti Canai

Roti canai merupakan antara salah satu jenis hidangan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Roti canai ini seringkali di makan ketika sarapan pagi. Percaya atau tidak, hampir semua orang tahu dan pernah makan roti canai ini kerana mudah untuk didapati. Tambahan pula, harganya adalah dalam lingkungan RM1 sehingga RM3 sekeping berdasarkan jenisnya.

Pergi mana-mana kedai mamak, memang dijamin ada roti canai ini. Tapi, disebabkan PKP yang masih belum habis, maka agak sukar untuk kita makan di kedai mamak. Nak membeli pun susah kerana banyak prosedur dan risiko jangkitan. Tetapi, anda jangan risau kerana akan saya kongsikan cara buat roti canai sendiri di rumah. Rasanya akan sama atau lebih sedap, bergantung kepada teknik memasak anda.

Untuk mengetahui nama lain, sejarah dan kalori roti canai, anda boleh membaca artikel berkaitan Kandungan Kalori Roti Canai yang Ramai Tidak Tahu dan Jenis-jenis Roti Canai Pelbagai Di Malaysia.

Jenis Roti Canai

Jangan terkejut kalau saya katakan banyak jenis sebenarnya roti canai ini. Manusia ini dilahirkan dengan sikap dan pemikiran yang kreatif dan inovatif sampaikan makanan pun kita mampu mengubah pelbagai resipi. Menarik bukan? Yang kebiasannya kita ketahui, hanya roti canai kosong atau roti canai biasa.

Tahukah anda, terdapat jenis lain dalam roti canai ini? Rasanya sangatlah sedap dan mengikut cita rasa orang. Di bawah ini merupakan antara jenis roti canai yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia:

JENIS ROTI

GAMBAR CONTOH

ROTI CANAI BIASA

ROTI CANAI TELUR

Resepi Roti Canai

ROTI CANAI MILO

Resepi Roti Canai

ROTI CANAI BANJIR

Resepi Roti Canai

ROTI CANAI SARDIN

Resepi Roti Canai

ROTI CANAI PISANG

Resepi Roti Canai

*NOTIS: Belum cuba dan tidak tahu roti canai di atas? Tunggu apa lagi? Anda boleh mencubanya sekarang atau memasaknya sendiri di rumah.

Cara Buat Roti Canai

Maka dengan itu, saya kongsikan kepada anda cara membuat roti canai yang pelbagai perisa. Langkahnya hanya mudah dan hanya menggunakan barangan dapur yang asas. Dengan modal yang kecil, anda mampu menghasilkan roti canai yang banyak untuk seisi keluarga. Tidak percaya? Mari saya buktikan kepada anda.

Bahan Asas Yang Diperlukan

Untuk membuat roti canai ini, anda hany perlu menggunakan beberapa bahan yang penting dan mudah didapati sahaja. Lazimnya, bahan dan barang masakan yang digunakan adalah hampir sama buat semua jenis roti canai. Berikut merupakan bahan dan barang yang digunakan:

Cara Buat Roti Canai

BARANG MASAKAN

  • Besen/Loyang.
  • Mangkuk kecil/Mangkuk besar.
  • Pemukul Telur(Jikalau tiada, boleh sahaja menggunaka sudu atau garfu. Ikut kesesuaian dan kemudahan).
  • Cawan.
  • Dulang.

BAHAN MASAKAN

  • Tiga Cawan Tepung Gandum(Ikut bilangan roti canai yang anda mahu hasilkan. 3 cawan=10 keping roti canai).
  • Satu biji telur.
  • Satu bekas air suam.
  • Satu sudu susu pekat manis(Jenama kesukaan anda).
  • Satu sudu marjerin.
  • Satu sudu makan garam.
  • Satu sudu makan gula.
  • Satu tin sardin(Pilihan).
  • Serbuk Milo(Pilihan).
  • Telur yang dikacau(Pilihan).

Roti Canai Biasa

Para suri rumah boleh ikuti cara buat roti canai biasa seperti berikut:

  1. LANGKAH PERTAMA: Sediakan bahan yang dinyatakan di atas.
  2. LANGKAH KEDUA: Masukkan semua bahan mentah iaitu tepung gandum, garam, gula, susu dan air suam ke dalam besen. Uli sehingga sebati dan pastikan tidak terlalu liat atau cair.
  3. LANGKAH KETIGA: Masukkan telur tadi. Gaulkan sehingga sebati sekali lagi. Setelah itu, biarkan selama 30 minit atau lebih supaya doh itu menjadi kembang.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Setelah 30 minit berlalu, anda boleh membuat bentuk bola. Pecahkan doh yang besar tadi ke beberapa bentuk ikut kesukaan anda. Jangan terlalu kecil atau besar.
  5. LANGKAH KELIMA: Sapukan marjerin secara rata kepada doh yang dipecahkan sebentar tadi supaya senang untuk dicanaikan.
  6. LANGKAH KEENAM: Ambil loyang dan tebarkan bebola doh sebentar tadi. Tarik doh itu secara perlahan-lahan agar tidak terkoyak. Anda perlu melakukannya dengan berhati-hati.
  7. LANGKAH KETUJUH: Apabila sudah menjadi bentuk nipis yang besar, lipat menjadi bentuk segi empat. Pastikan tidak terkoyak.
  8. LANGKAH KELAPAN: Setelah itu, roti canai anda sudah siap untuk digoreng.
  9. LANGKAH KESEMBILAN: Untuk menggorengnya, anda boleh meletakkan minyak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tidak terlalu banyak dan terlalu sedikit.
  10. LANGKAH KESEPULUH: Setelah garing, angkat dan hidangkan kepada keluarga anda.

Roti Canai Sardin

Langkah untuk buat roti canai sardin adalah seperti berikut:

  1. LANGKAH PERTAMA: Ulangi “LANGKAH PERTAMA” sehingga “LANGKAH KEENAM” seperti cara buat roti canai biasa.
  2. LANGKAH KEDUA: Setelah dikembangkan, anda boleh meletakkan beberapa sudu kuah sardin dan isinya yang sudah dipenyekkan terlebih dahulu.
  3. LANGKAH KETIGA: Lipat menjadi bentuk segi empat dengan berhati-hati. Roti canai anda sedia untuk digoreng. Masukkan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan tidak banyak.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Jikalau garing, angkat dan hidangkan kepada keluarga anda. Untuk menambah rasa, anda boleh menghidangkan sekali kuah roti sardin untuk mencicah.

Roti Canai Milo

Ikuti cara buat roti canai milo adalah seperti berikut:

  1. LANGKAH PERTAMA: Ulangi “LANGKAH PERTAMA” sehingga “LANGKAH KEENAM” seperti cara buat roti canai biasa.
  2. LANGKAH KEDUA: Setelah dikembangkan, anda boleh meletakkan beberapa sudu serbuk milo. Jangan terlalu banyak kerana akan memberi kesan kepada roti anda.
  3. LANGKAH KETIGA: Lipat menjadi bentuk segi empat dengan berhati-hati. Roti canai anda sedia untuk digoreng. Masukkan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan tidak banyak.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Jikalau sudah masak, angkat dan hidangkan kepada keluarga anda. Untuk menambah rasa, anda boleh menghidangkan sekali dengan susu manis atau dimakan begitu sahaja.
  5. LANGKAH KELIMA: Jangan biarkan api terlalu besar kerana ia akan menghangitkan roti anda. Rasanya akan menjadi pahit.

Roti Canai Telur

Langkah untuk buat roti canai telur adalah seperti berikut:

  1. LANGKAH PERTAMA: Ulangi “LANGKAH PERTAMA” sehingga “LANGKAH KEENAM” seperti cara buat roti canai biasa.
  2. LANGKAH KEDUA: Setelah dikembangkan, anda boleh sapukan telur yang sudah dikacau tadi ke atas roti anda. Jangan terlalu banyak kerana akan memberi kesan kepada roti anda.
  3. LANGKAH KETIGA: Lipat menjadi bentuk segi empat dengan berhati-hati. Roti canai anda sedia untuk digoreng. Masukkan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan tidak banyak.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Jikalau sudah masak, angkat dan hidangkan kepada keluarga anda. Untuk menambah rasa, anda boleh menghidangkan sekali dengan susu manis atau dimakan begitu sahaja.
  5. LANGKAH KELIMA: Jangan biarkan api terlalu besar kerana ia akan menghilangkan rasa roti anda. Rasanya akan menjadi pahit.

Rahsia Cara Buat Roti Canai

Cara Buat Roti Canai

Dalam dunia masakan, lain orang lainlah rasa yang terhasil meskipun memamasak jenis hidangan yang sama. Nak tahu kenapa? Itu adalah kerana bahan rahsia atau teknik unik yang digunakan semasa membuat roti canai. Di bawah ini dikongsikan kepada anda beberapa rahsia cara buat roti canai yang mampu tingkatkan rasa hidangan roti canai anda.

  1. Tambahkan air sejuk atau ulikan dengan ketulan ais yang kecil semasa mengadun doh roti canai anda. Tujuannya adalah agar roti canai anda menjadi lembut sehingga ke petang.
  2. Untuk meningkatkan kerangupan roti canai anda, tambahkan sedikit gula atau susu manis semasa mengadun roti canai anda.
  3. Untuk menjadikan adunan doh liat, masukkan minyak masak semasa mengadun roti canai anda.
  4. Lebih nipis anda menebar roti canai, lebih sedap rasanya.
  5. Pastikan anda menggunaka marjerin atau minyak semasa menguli doh agar tidak melekat.

Video Cara Buat Roti Canai

Di bawah ini dikongsikan salah satu video cara buat roti canai di rumah. Moga-moga mampu membantu anda memberi gambaran yang lebih baik. Ikuti langkah yang diberikan dengan baik.

Gunakan Cara Buat Roti Canai di Rumah Semasa PKP

Cara Buat Roti Canai

Makanan menjadi perkara utama dalam kehidupan kita. Jadi, apa salahnya sekiranya kita mahu mencuba memasak pelbagai jenis hidangan di rumah selain daripada masakan berlauk. Diharapkan agar perkongsian cara buat roti canai yang pelbagai jenis ini mampu meningkatkan kemahiran memasak anda di rumah. Isilah masa lapang anda dengan erkara yang berfaedah. Ikatlah perut insan tersayang anda.

Sesungguhnya, makanan yang terbaik adalah datangnya daripada hasil tangan insan yang tersayang. Kalau anak-anak kecil mengidam roti canai, mungkin anda boleh katakan hanya celah jari sahaja untuk membuatnya.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More