Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lebih 5 Jenis Resepi Roti Canai Yang Lebih Lembut dan Sedap

Rahsia Resepi Roti Canai ini mungkin menjadi topik yang sering dicari-cari oleh mana-mana suri rumah dan peniaga kedai makan ala-ala mamak. Hal ini kerana, roti canai menjadi antara salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Nak tahu rahsianya? Baca artikel ini.

Resepi Roti Canai

Isi Kandungan

Sejarah Resepi Roti Canai

Secara umumnya, rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi berkaitan Roti Canai ini. Tidak kisahlah golongan anak muda, remaja mahu pun tua. Roti canai merupakan roti nipis yang diadun daripada tepung gandum, tidak kira mana-mana jenis atau nama. Terdapat beberapa pendapat berkaitan kedatangan roti canai ini ke Malaysia.

  • Pendapat Pertama:

Roti canai ini dikatakan diambil nama berdasarkan sebuah bandar di India yang diberi nama Chennai. Disebabkan ramai pencanai membanjiri Malaysia pada suatu ketika dahulu yang datangnya daripada bandar itu, maka terhasillah nama “Roti Canai“. Makanan ini kemudian tersebar hampir ke seluruh Asia semenjak zaman British lagi kerana penduduk India yang dibawa ke Malaysia atas tujuan menjadi tenaga buruh kepada tentera British.

  • Pendapat Kedua:

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa roti canai diambil nama sempena sebuah restoran di Sungai Petani, yang bernama “Chennai Curry House”. Dalam bahasa Melayu, istilah Canai divisualkan sebagai tingkah laku atau pergerakan pencanai roti yang menebarkan, meleperkan dan bahkan menganginkan doh.

  • Pendapat Ketiga:

Perkataan Canai ini datangnya daripada nama sejenis kuah dal yang dimakan bersama roti. Kuah dal ini juga dipanggil sebagai “Channal”.

Nama Lain Roti Canai

Di negara lain, roti canai juga wujud dan dalam nama yang berlainan. Menarik bukan? Rakyat Malaysia hanya tahu satu nama iaitu roti canai, roti canai dan roti canai. Selepas ini, anda boleh bertanyakan kepada rakan anda sama ada mereka tahu ataupun tidak. Berikut merupakan antara nama lain roti canai:

  1. Bahasa Inggeris : Flatbread
  2. Negara Singapura: Roti Pratha
  3. Negara Myanmar: Plata
  4. Negara Eropah: Flying Bread(Roti Terbang)
  5. Negara China: Yin Du Jiang Bing(Biskut Panggang India)

Waktu Terbaik Makan Roti Canai

Resepi Roti Canai

Untuk menikmati kesedapan roti canai pada tahap maksimum, anda perlu mengetahui waktu yang paling sesuai untuk memakan roti ini. Anda perlu memastikan perut anda kosong terlebih dahulu sebelum menikmati roti ini.

  1. Pada Waktu Awal Pagi
    • Perkara yang selalu dilakukan oleh segolongan keluarga di Malaysia, mereka akan membeli roti canai ini dan memakannya sebagai sarapan.
    • Rasanya yang panasa, roti yang lembut dan dicicah dengan beraneka kuah akan menaikkan selera anda.
    • Anda akan merasai untuk menambah sehingga dua atau tiga kali. Sebelum pergi kerja, sarapan roti canai selalu menjadi pilihan ramai orang.
  2. Pada Waktu Malam(Supper) 
    • Istilah Supper atau makan lewat malam ini hanya diguna pakai oleh beberapa keluarga sahaja.
    • Mereka akan makan malam pada lingkungan jam 6 petang sehingga 9 malam, kemudiannya pada jam 11 malam mereka akan menikmati Supper.
    • Akan tetapi, selalunya manusia akan mengambil makanan yang ringan untuk mengisi perut di lewat malam. Jadi, roti canai akan menjadi pilihan mereka.
  3. Perjumpaan Ringkas 
    • Jikalau kita perasan, ramai rakyat Malaysia akan memilih kedai-kedai mamak untuk melepak bersama kawan-kawan.
    • Lebih-lebih lagi jikalau ada pertandingan bola sepak pada malam ini, maka makin meriahlah kedai mamak tersebut.
    • Ini kerana, juadah roti canai mampu menimbulkan susana yang baik. Sambil sembang, bolehla mencicap roti canai yang lembut.

Kedai Roti Canai

Untuk merasai kepelbagaian resepi roti canai, anda boleh pergi ke mana-mana kedai mamak berdekatan. Menu yang paling wajib di kedai-kedai mamak adalah roti canai. Akan tetapi, terdapat juga beberapa kedai Melayu yang turut menyediakan menu hidangan roti canai ini.

Cara Gunakan Resepi Roti Canai

Resepi Roti Canai

Berikut merupakan langkah mudah untuk menyiapkan resepi roti canai anda di rumah:

  1. LANGKAH PERTAMA: Gula, tepung gandum dan garam perlulah dimasukkan ke dalam bekas adunan. Masukkan juga 1 biji telur dan air yang bersih.
  2. LANGKAH KEDUA: Anda perlu menguli tepung dan bahan tadi sehingga sebati dengan menggunakan air suam-suam kuku. Anda boleh gunakan tangan atau pun mesin.
  3. LANGKAH KETIGA: Bahagikan adunan doh sebentar tadi kepada beberapa bahagian. Ikut bilangan yang anda mahukan sama ada 10 biji, 15 biji dan lain-lain.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Anda perlu memerap adunan doh tadi dalam minyak. Pastikan doh anda tenggelam sepenuhnya, dan biarkan selama lebih kurang 2 jam sahaja.
  5. LANGKAH KELIMA: Selepas 2 jam, pastikan anda mengambil dulang(mana-mana dulang bagi menebar roti canai). Ambilkan satu bahagian doh dalam rendaman minyak sebentar tadi.
  6. LANGKAH KEENAM: Ratakan adunan tersebut ke atas dulang yang sudah dibersihkan dan biarkan selamat 2 minit atau lebih.
  7. LANGKAH KETUJUH: Dengan berhati-hati, anda perlu menebar doh ini. Tarikkan bahagian hujung doh pada dulang sedemikian. Anda perlulah sabar agar tiada lubang atau koyak.
  8. LANGKAH KELAPAN: Setelah doh tadi ditebarkan, anda perlu lipat doh tadi dari sisi ke sisi dan membentuk segi empat. Setelah siap, roti canai anda sudah siap untuk digoreng.
  9. LANGKAH KESEMBILAN: Ulang langkah yang sama kepada bahagian yang lain, dan goreng sehingga garing.
  10. LANGKAH TERAKHIR: Anda boleh menikmati hidangan roti canai anda bersama seisi keluarga dengan aneka kuah.

Pelbagaikan Jenis Resepi Roti Canai

Disebabkan keadaan roti canai yang boleh dikatakan sebagai makanan wajib bagi pengunjung yang datang ke negara Malaysia, makanan roti canai ini juga turut bertranformasi dalam pelbagai cara hidangan. Disebabkan kekreatifan dan kebijaksanaan rakyat Malaysia, maka wujudlah pelbagai jenis, nama ,cara hidangan dan bahkan resepi roti canai ini. Antara jenis roti canai lain yang popular adalah seperti di bawah:

  • JENIS  1 : Roti Canai Telur

GAMBAR CONTOH

PENJELASAN

Resepi Roti Canai
  1. Selepas doh ditebarkan, roti ini akan dicampurkan dengan telur.
  2. Hasil roti ini dapat anda bezakan apabila terdapat warna kekuningan pada roti anda.
  3. Rasanya lebih sedap dan unik.
  • JENIS 2: Roti Sardin

GAMBAR CONTOH

PENJELASAN

Resepi Roti Canai
  1. Roti ini akan dicampurkan dengan sardin, bawang dan tomato.
  2. Kepada penggemar sardin, anda boleh memesan di kedai atau mencuba resepi ini.
  • JENIS 3 : Roti Pisang

GAMBAR CONTOH

PENJELASAN

Resepi Roti Canai

  1. Resepi roti canai pisang ini akan melenyekkan pisang terlebih dahulu.
  2. Kemudiannya, pisang akan diadunkan dengan doh roti canai.
  3. Rasanya sangatlah sedap dan menarik.
  • JENIS 4 : Roti Bom

GAMBAR CONTOH

PENJELASAN

Resepi Roti Canai
  1. Roti bom merupakan roti canai dalam bentuk yang lebih kecil dan tebal.
  2. Cara membuatnya adalah hampir sama dengan roti canai biasa.
  • JENIS 5 : Roti Milo 

GAMBAR CONTOH

PENJELASAN

 

Resepi Roti Canai

  1. Roti canai milo turut menjadi kegemaran anak-anak.
  2. Hanya perlu taburkan serbuk milo semasa membuat adunan, dan masak seperti biasa.
  3. Jangan biarkan terlalu garing, kerana akan merosakkan rasa roti milo ini.
  • JENIS 6 : Roti Banjir

GAMBAR CONTOH

PENJELASAN

Resepi Roti Canai
  1. Istilah kuah banjir juga turut digunakan dalam penyediaan roti canai.
  2. Roti canai yang dimasak akan dipotong kecil-kecil.
  3. Kuah(dalca, gulai dan lai-lain) akan dimasukkan bersama roti canai dalam kuantiti yang banyak.
  4. Memberikan sensasi rasa yang lebih baik.

Video Resepi Roti Canai

*NOTIS:

Jikalau anda merupakan seorang suri rumah yang suka memasak, dapatkan juga selain resepi roti canai untuk hidangan keluarga anda. Kami kongsikan cara yang mudah, ringkas dan sedap khusus untuk anda. Cuba jangan tak cuba. Anda boleh membaca artikel berkaitan Cara Buat Murtabak Mini Dengan Menggunakan Kulit Popia atau Resepi Nai Lemak Yang Mudah Dan Sedap dan Resepi Pisang Goreng Viral Sedap dan Rangup.

Soalan Lazim Resepi Roti Canai

Berikut merupakan antara soalan yang diutarakan oleh majoriti suri rumah di Malaysia berkaitan rahsia resepi roti canai ini. Mungkin anda juga mempunyai persoalan yang sama?

Bolehkah sekiranya saya mahu membuat roti canai di rumah?

  • Ya, anda sangatlah digalakkan mencuba resepi yang dikongsikan di atas. Sesungguhnya, resepi masakan yang datangnya daripada ahli keluarga sendiri lebih sedap.

Roti canai ini selalunya dibuat dalam berapa masa?

  • Masa yang diambil untuk meyediakan roti canai adalah tidak lama. Akan tetapi, anda perlu memastikan anda mempunyai doh yang dalam keadaan yang baik.

Sekiranya saya mahu menggunakan roti canai yang frozen, adakah rasanya akan sama?

  • Secara jujurnya, pembuatan roti canai hasil tangan sendiri akan memberi impak yang lebih baik kepada keluarga anda. Pilihan berada di tangan anda. Gunakan kreativiti anda untuk membuat hidangan kepada si suami dan anak kecil di rumah.

Saya belum berkahwin dan ingin memasak roti canai buat ayah dan ibu saya. Adakah dibolehkan?

  • Jangan risau, pembuatan roti canai ini adalah terbuka kepada mana-mana golongan umur. Yang penting, anda perlu pandai mengendalikan barangan dapur dan minyak panas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Adakah pembuatan resepi roti canai ini memerlukan kemahiran yang tertentu?

  • Sudah tentu tidak. Anda hanya perlu mempunyai minat dan keikhlasan untuk memasal buat sesiapa yang mahu memakan masakan anda. Ikuti langkah di atas, anda mampu membuatnya.

Adakah memakan roti canai ini sihat dan berkhasiat?

  • Ya, roti canai ini boleh menjadi pengalas perut anda di pagi hari. Bahkan mempunyai beberapa kalori yang penting dalam sistem tubuh badan anda untuk membekalkan tenaga.

Praktikkan Resepi Roti Canai di Rumah

Kita sedar bahawa rakyat Malaysia ini hidup dalam keadaan yang pelbagai kaum, bangsa dan agama. Disebabkan keunikan ini, maka muncullah negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis hidangan dan masakan. Roti canai juga tidak terlepas daripada perkara ini. Banggalah menjadi rakyat Malaysia. Moga-moga, dengan perkongsian artikel berkaitan resepi roti canai ini mampu membantu anda dalam menyediakan hidangan ini di rumah.

Jadilah suri rumah yang baik kepada keluarga anda. Layanlah selera makan anak-anak dan suami anda di rumah dengan penuh keikhlasan. Diharapkan keluarga anda bertambah bahagia dengan perkongsian pada kali ini. Ingat, rahsia memikat suami adalah pada perutnya.

Selamat mencuba buat anda semua!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More