Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Roadtax Tarikh Tamat Tempoh

Adakah anda masih tidak arif dengan Cara Semak Roadtax jalan yang akan tamat tempoh? Pasti anda mempunyai kereta atau motor atau kedua-duanya sekali, bukan? Memandu dengan roadtax dan insuran yang tamat tempoh merupakan sebuah kesalahan jalan raya. Oleh itu bagi mengelakkan dari disaman, pemandu dinasihatkan untuk memperbaharui roadtax dan insuran pada waktu sepatutnya iaitu sebelum tamat tempoh.

Berikut kami sediakan Cara Semak Roadtax yang ditetapkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan:

Isi Kandungan

Cara Semak Roadtax tamat tempoh

Berikut ialah panduan dan langkah-langkah paling ringkas dan mudah untuk menyemak road tax yang dah nak mati. Ini terpakai untuk kedua-dua jenis kenderaan iaitu motor dan juga kereta.

Cara Semak Roadtax yang ada sekarang

Jika anda ingin hidupkan road tax kereta, semak tarikh luput pada road tax yang ditampal di cermin.

Jika anda ingin hidupkan road tax motor pula, anda juga perlu semak tarikh luput road tax yang biasanya disimpan sekali dengan kunci. Kalau tidak pun, ada di bawah tempat duduk motor.

Semak tarikh tamat tempoh cukai jalan secara online di portal JPJ

Berikut merupakan cara semak roadtax secara online. Sesuai untuk individu yang ingin hidupkan road tax kenderaan orang lain. Contohnya, ibu bapa yang mahu semak tarikh luput cukai jalan kereta Myvi yang digunakan oleh anak.

  1. Layari laman web https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen
  2. Pada ruangan Kategori ID, pilih ORANG AWAM MALAYSIA (MyKad).
  3. Masukkan MyKad pada ruangan No. ID.
  4. Masukkan nombor plat kenderaan pada ruangan No. Pendaftaran Kenderaan.
  5. Sahkan Kod Sekuriti yang diberi.
  6. Masukkan Kod Sekuriti tersebut ke dalam ruangan Kod Sekuriti.
  7. Klik Semak.
  8. Hasil carian yang dipaparkan akan menunjukkan NamaIDKategori IDNombor Plat KenderaanTarikh MulaTarikh Tamat dan Tarikh Tamat Insurans bagi cukai jalan anda.
  9. Hubungi pihak JPJ terdekat bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan seperti di atas sekiranya ada di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/putrajaya.
  10. Anda juga boleh e-mel pihak JPJ di [email protected] selain cara di atas.

Baca Juga: Permohonan Program Online Pembangunan Produk AIM

Check tarikh road tax mati melalui aplikasi JPJ Info

Pastikan anda muat turun aplikasi ini terlebih dahulu. Pendaftaran akaun tidak diperlukan dan caranya seperti di bawah bagi ketahui cukai jalan tamat tempoh anda.

  1. Klik pada Lesen Kenderaan.
  2. Masukkan MyKad/MyPr (Pemastautin tetap)/MyKas (Pemastautin sementara)/Pasport pada ruangan yang diberi agar dapat meneruskan proses penyemakan cukai jalan tamat tempoh dengan lancar.
  3. Pilih kategori yang betul :
    • Warganegara Malaysia
    • Penduduk Tetap (PR)
    • Polis
    • Tentera
    • Bukan Warganegara Malaysia
    • Pemastautin Sementara
  4. Masukkan nombor kenderaan pada ruangan yang diberi.
  5. Semak maklumat anda supaya tidak berlaku apa-apa kesilapan.
  6. Klik Hantar.
  7. Keputusan carian akan menunjukkan semua maklumat berikut tentang cukai jalan tamat tempoh.
    • Nama
    • No kad pengenalan
    • No plat kenderaan
    • Tarikh mula dan luput/tamat insurans anda
    • Tarikh mula dan luput/tamat lesen kenderaan anda

Menerusi aplikasi ini, anda juga boleh semak saman, lesen memandu, keputusan ujian JPJ, senarai hitam kenderaan, mata demerit dan nombor terkini kenderaan selain semakan cukai jalan tempoh tamatnya.

Baca Juga: Permohonan Program Online Kejuruteraan Menu AIM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More