Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tempat Menarik Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Bukit Tinggi merupakan destinasi pelancongan yang sangat sesuai untuk diisi  bersama keluarga tersayang serta merupakan destinasi bulan madu yang terkenal di Pahang. Daya tarikan utama Bukit Tinggi adalah keadaan cuacanya yang dingin serta damai menjadikan destinasi pelancongan ke Bukit Tinggi memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada destinasi pelancongan yang lain

Kepada mereka yang merancang untuk ke Bukit Tinggi, Colmar Tropicale adalah tempat utama yang patut ada tujui. Banyak tempat menarik disini yang membuatkan anda teruja dengan kecantikan dan keindahan senibina dan permandangan semulajadi di situ.

Tempat Menarik di Colmar Tropicale

Colmar Tropicale adalah satu tempat peranginan yang sangat indah dan sangat sesuai kepada mereka yang suka mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Disini bukan sahaja permandangannya cantik, tapi juga banyak aktiviti yang dapat dilakukan disini .

Oleh itu, untuk datang kesini anda semau perlu merancang dengan sebaiknya agar hari anda dipenuhi dengan aktivit-aktiviti yang menarik. Antara tempat yang anda boleh lawati sepanjang berada disini:

1.Colmar Tropicale

Colmar Tropicale

 

Colmar Tropicale adalah resort bertema Perancis yang indah dengan persekitaran fantasi, yang terletak pada ketinggian 2.700 kaki di atas permukaan laut di tengah-tengah hutan hujan semula jadi 80 ekar di Bukit Tinggi, Pahang.

Desa ini, yang terletak di dataran tinggi yang menghijau di Kuala Lumpur, dimodelkan setelah bandar Colmar abad ke-18 yang indah di Alsace, Perancis dan menempatkan kafe-kafe Perancis yang menarik, galeri seni, persembahan jalanan yang meriah, dan banyak aktiviti menarik untuk pengunjung dari semua peringkat usia – hebat untuk percutian hujung minggu yang singkat dari bandar KL.

Tiket masuk ke Colmar Tropicale adalah RM 16 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak.

2.Japanese Village

Japanese Village atau dikenali sebagai Perkampungan Jepun antara tempat yang anda wajib lawati di Bukit Tinggi. Ia  terletak kira–kira 1000 meter (3500 kaki) dari aras paras laut membuatkan suasana di sini sangat segar dan nyaman.

Perkampungan Jepun ini di bina oleh seorang arkitek yang terkemuka dari Jepun bernama Kaio Ariizumi bersama lagi 22 orang pakar ukiran.

Di Perkampungan Jepun ini, pengunjung akan dapat merasai pengalaman seperti mana kehidupan orang Jepun. Terdapat perkhidmatan sewaan pakaian tradisi Jepun kimono.

Anda boleh memakai pakaian tersebut untuk berjalan–jalan disekitar Perkampungan Jepun serta bergambar yang berlatarbelakangkan air terjun dan hutan yang menghijau.

3.Japanese Tea House

Colmar Tropicale

Japanese Tea House juga yang menjadi tumpuan utama di perkampungan Jepun ini. Rekabentuk dan senibina Japanese Tea House ini sangat kecil dan membuatkan ramai pengunjung tertarik untuk datang bergambar seolah–olah berada di dalam rumah orang Jepun.

Setelah memakai pakaian tradisional Jepun, anda dan keluarga boleh menyertai Tea Ceremony iaitu upacara minum teh di dalam Japanese Tea House ini. Memang cukup lengkap pengalaman anda ini. Seolah-olah anda sedang bercuti di negara Jepun.

4.Botanical Garden

Colmar Tropicale

Botanical Garden ini terletak berhampiran dengan Japanese Garden. Di Botanical Garden ini, anda dan keluarga bukan sahaja boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan hijau malah buah–buahan yang sesuai ditanam di kawasan yang beriklim sejuk seperti strawberi pun ada di sini.

Bentuk muka bumi di sini agak berbukit, jadi, di samping anda berjalan-jalan melihat keindahan alam semula jadi yang menghijau, secara tidak langsung anda juga telah bersenam ringan sepanjang perjalanan di Botanical Garden ini.

5.Animal Park
Colmar Tropicale

Sepanjang berada di Colmar Tripcale, anda juga boleh pergi ke animal park bersama keluarga untuk melihat beberapa jenis haiwan yang dijaga dengan baik disini. Antara haiwan yang berada di sini adalah seperti rusa, kuda , arnab dan bnyak lagi

6.Adventure Park

Colmar Tropicale

Bagi anda yang berjiwa lasak, bercuti ke mana-manapun pasti akan cari tempat atau aktiviti yang mencabar untuk anda lakukan. Jangan risau, Colmar Adventure Park menyediakan pelbagai aktiviti lasak khas buat anda yang memberi anda cabrang yang tersendiri.

Kalau anda tidak gayat, jangan lepaskan peluang untuk merentasi gaung dengan menaiki flying fox terpanjang di Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 1 kilometer.

Selain daripada aktiviti flying fox, anda juga boleh melakukan aktiviti paint ball dengan geng anda. Dapat main permainan ala-ala perang pun best juga lebih-lebih lagi jika percutian anda melibatkan kumpulan yang besar seperti family day atau kursus korporat

Colmar Tropicale

Tempat Makan Di Colmar Tripcale

Colmar Tropicale mempunyai tujuh restoran bertema Perancis yang memenuhi hampir setiap tahap anggaran.

1. La Cigogne adalah restoran santapan yang menyajikan masakan Perancis yang autentik sementara

2. La Boulengarie adalah kedai roti Perancis dengan sandwic buatan sendiri dan kopi yang baru diseduh.

3. Le Vin Wine & Cigar Bar  untuk makan malam santai dan pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis wain import disini

4. La Flamme adalah tempat untuk menikmati pizza dan pasta segar 

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Tempat Menarik Di Colmar Tropicale akan memberi sedikit info dan gambaran berkenaan  tempat ini. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my.Terima Kasih

MENARIK UNTUK DILAWATI: Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More