Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa

Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Terkini, guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan perlu menyediakan borang keberhasilan pada setiap tahun di mana borang ini perlu disediakan di awal tahun persekolahan. Borang keberhasilan ini bolehlah dikatakan sebagai satu borang yang mengandungi KPI Key Performance Index ataupun Indeks Penunjuk Prestasi yang mahu dicapai oleh guru pada tahun tersebut.

Terdapat beberapa bahagian yang perlu dicakupi dan dirangkumi oleh guru dalam menyediakan borang keberhasilan ini iaitu bahagian kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan tugas sampingan.

Namun begitu, masih ada ramai guru dan sekolah yang belum berjaya 100% menyediakan borang keberhasilan dengan setepatnya. Bilangan item bagi keberhasilan juga berbeza mengikut pentadbiran daerah dan negeri. Ada yang menyatakan secukup 12 item sahaja yang perlu disediakan oleh guru. Namun begitu, ada juga pihak pentadbiran sekolah yang meminta guru menyediakan sehingga 30 item dalam borang keberhasilan.

Borang keberhasilan ini juga berbeza di antara pentadbiran sekolah dan staf sekolah kerana masing-masing mempunyai bahagian tugas yang sendiri. Borang keberhasilan ini disediakan di awal tahun dan dinilai pada pertengahan tahun. Beberapa item boleh digugur atau ditambah pada waktu ini. Pada penghujung tahun pula, penilaian dilakukan sekali lagi ke atas keberhasilan ini dengan penilai memberi markah terhadap sesuatu item sama ada tidak mencapai, mencapai atau melebih sasaran.

Berikut merupakan contoh borang keberhasilan guru penolong akademik biasa. Bilangan item perlu berbincang dengan penilai pertama dan kedua.

Dapatkan “Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

APA TUJUAN BORANG KEBERHASILAN GURU?

Borang ini adalah satu bukti dan petunjuk KPI (Key Performance Index) yang berjaya dicapai oleh guru seperti anda mengajar dan mendidik kalangan murid pada tahun tersebut.

Dan petunjuk prestasi anda akan merangkumi beberapa aspek. Antara lain ialah :

  • melibatkan hal ehwal murid
  • kurikulum
  • dan juga tugas sampingan yang berjaya dilakukan

Borang ini yang telah siap akan dinilai sebanyak 2 kali setahun. Iaitu pada pertengahan tahun dan akan dinilai sekali pada akhir tahun. Pada akhir tahun kelak, ia akan dinilai samada sasaran yang diletakkan itu berjaya dicapai atau tidak atau pun terlebih daripada sasaran.

Bilangan keberhasilan juga berbeza mengikut sekolah, daerah dan negeri. Tetapi sebaiknya perlu ada sekurang-kurangnya 12 elemen keberhasilan yang ingin ditunjukkan pada borang.

Berapa banyak elemen yang ingin ditunjukkan itu, bergantung kepada arahan pegawai daerah dan peringkat negeri bagi sekolah anda. Ini kerana berdasarkan semakan ada borang keberhasilan guru mempunyai sehingga 30 elemen. Contoh borang keberhasilan guru ini boleh dijadikan panduan.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Contoh Borang Keberhasilan Guru Penolong Akademik Biasa  ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

Himpunan Buku Panduan Pangurusan Unit Beruniform di Sekolah

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More