Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nak Delete Email Yang Sudah Dihantar? Tekan 1 Butang Ini Sahaja.

Delete Email Yang Sudah Dihantar ni sebenarnya menjadi atau tidak? Nampak macam langkah yang kecil tetapi sangat berguna. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Delete Email Yang Sudah Dihantar

Isi Kandungan

Email

E-mail adalah salah satu cara yang digunakan oleh manusia zaman moden untuk menghantar maklumat, bertanyakan khabar dan sebagainya. Jikalau pada zaman dahulu, kita sering kali menggunakan surat yang bertulis tangan.

Berkat kepada kemajuan teknologi dunia kita, maka penggunaan email mulai tercipta.

Memang banyak sangat orang gunakan email lagi-lagi untuk tujuan perkara yang rasmi. Tambahan pula, kita mulai ada aplikasi lain untuk kegunaan penghantaran mesej.

WhatsApp 

Telegram

 Instagram

 Facebook

 Twitter

 Dan Lain-lain

Tetapi, kenapa email masih digunakan dan sangat penting meskipun aplikasi yang dinyatakan di atas lebih menarik?

Ianya tidak lain tidak bukan kerana email sangatlah efisien dalam menyelesaikan urusan rasmi.

Jenis Akaun Email

Banyak sebenarnya jenis akaun email yang digunakan. Akan tetapi, berikut merupakan jenis akaun email yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu:

GMAIL 

YAHOO 

 OUTLOOK

FASTMAIL 

 ZOHO MAIL

 INBOX

Kenapa Nak Delete Email Yang Sudah Dihantar?

Kenapa kita atau sesetangah orang kalau boleh nak sangat delete email yang sudah dihantar? Mari kita baca sebab-sebab di bawah. Percayalah, kita pun termasuk dalam golongan kesalahan ini.

Jangan selepas ini kita membuat kesalahan yang sama juga.

  1. Salah menghantar email ke orang lain.
  2. Tidak sempat siapkan email, tetapi tertekan butang “Send”.
  3. Maklumat yang ditaip tidak cukup.
  4. Arahan yang disampaikan ditarik balik.
  5. Tujuan penghantaran email berubah.
  6. “Typo” yang boleh membawa masalah besar.
  7. Salah tarikh, hari atau maklumat penting berkaitan sesuatu perkara.

Masalah bukan? Memang lega hati ni kalau boleh delete balik email yang salah tu. Tetapi boleh ke tidak ni?

Boleh Atau Tidak?

Boleh, anda jangan risau kerana email yang sudah dihantar tetapi salah dan seumpamanya, anda masih boleh memadamkannya atau “Unsend”. Bagaimana caranya? Baca di bawah.

Cara Delete Email Yang Sudah Dihantar

Untuk delete email yang sudah dihantar, anda perlu pastikan anda buat dengan segera. Bukannya seudah hantar email, tunggu sejam kemudian baru mahu memadamkan email tersebut.

Tidak boleh. Sama seperti aplikasi Whatsapp juga, mesej yang dihantar hanya boleh dipadam dalam tempoh tertentu sahaja.

Jadinya, selepas hantar email, semak sekali lagi.

Akaun Gmail

Delete Email Yang Sudah Dihantar

Link Pautan Ke Akaun Gmail

Ikuti langkah di bawah untuk akaun Gmail sahaja.

Anda perlu aktifkannya terlebih dahulu di bahagian tetapan. Cari butang “General” dan tekan butang “Undo Send”. Pastikan fungsi ini dalam status “Enable”.

  • LANGKAH PERTAMA: Setelah anda menekan butang “Send” anda akan perasan naik satu notifikasi yang timbul di sebelah kiri anda.
  • LANGKAH KEDUA: Ada 2 pilihan iaitu “View” dan “Undo”.
  • LANGKAH KETIGA: Untuk delete email yang sudah dihantar tadi, anda tekan “Undo”. Sekiranya anda mahu semak semula butiran email anda, tekan “View” sahaja.
  • LANGKAH KEEMPAT: Setelah mesej anda di:Undo”, anda boleh menaip mesej yang baharu. Mesej yang dihantar tadi sudahpun di padam untuk kedua-dua pihak iaitu anda dan penerima.

Akaun Outlook

Delete Email Yang Sudah Dihantar

Link Pautan Ke Akaun Outlook

  • LANGKAH PERTAMA: Untuk akaun Outlook, tiada butang “Unsend” automatik. Jadinya anda perlu menetapkan sendiri.
  • LANGKAH KEDUA: Pergi ke bahagian tetapan akaun Outlook anda.
  • LANGKAH KETIGA: Tekan butang ” All Outlook Settings” dan tekan butang “Mel”.
  • LANGKAH KEEMPAT: Di situ, anda boleh menetukan berapa lama tempoh yang anda mahukan untuk delet mesej anda. Disarankan untuk menetapkan ke tempoh yang maksimum kerana ianya lebih baik.
  • LANGKAH KELIMA: Mesej yang anda hantar sebentar tadi akan dimasukkan ke bahagian “Draft:.

Akaun Yahoo

Delete Email Yang Sudah Dihantar

Link Pautan Ke Akaun Yahoo

Untuk akaun Yahoo, tiada butang untuk delete mesej anda. Jadinya, anda tidak boleh melakukan apa-apa melainkan menghantar email yang baharu sahaja.

Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan yang sama.

*NOTIS: Selain daripada artikel berkaitan ini juga, anda boleh membaca berkaitan Cara Check Keyboard Dengan Mudah dan Pantas , 110 Shortcut Keyboard 2021 dan Mesin Pembuat Ais yang Murah.

Sesungguhnya, teknologi dicipta adalah untuk membantu dan memudahkan kerja seharian manusia.

Gunakanlah teknologi yang ada dengan sebaik mungkin. Jadilah pengguna yang bijak.

Berguna Atau Tidak?

Memang berguna atau tidak cara delete email yang sudah dihantar ini?

Jawapnnya adalah YA.

Memang sangat-sangat berguna apatah lagi apabila masuk zaman pekerjaan ni. Banyak sangat urusan rasmi yang perlu kita selesaikan dan pegang.

Mahu atau tidak, email menjadi platform yang paling efisien untuk menghubungi atau penghantarn dokumen rasmi yang sulit.

Kalau dah salah dalam menyampaikan makluamat, ianya boleh timbulkan salah faham. Kesannya, merosakkan reputasi kita sebagai seorang pekerja.

Leboh teruk lagi, meskipun kesilapan yang kecil mampu membawa kerugian yang besar. Wallahuallam.

Pesanan

Delete Email Yang Sudah Dihantar

Mudah sahaja bukan? Akan tetapi, kita juga perlu beringat untuk tidak selalu membuat kesalahan. Kerana apa?

Untuk delete email yang sudah dihantar ni, kita hanya ada tempoh sehingga 30 saat sahaja!

Kalau lebih daripada tempoh itu, maka kita hanya boleh pasrah sajalah. Memang sudah dihantar email itu ke akaun penerima.

Sebelum menekan butang “Send” di papan kekunci, pastikan anda:

  • Menyemak semula ayat-ayat yang ditulis.
  • Membuat pembacaan beberapa kali sebelum hantar.
  • Buat double-check berkaitan maklumat penting.
    1. Butiran.
    2. Tarikh/masa.
    3. Lokasi.
    4. Platform.
    5. Nama penerima.
    6. Dan lain-lain berkaitan.
  • Ambil masa antara 1 sehingga 2 minit untuk perbaiki kesalahan ejaan.
  • Biar lambat sedikit, asalkan tidak membuat kesalahan.
  • Apabila sudah yakin semua maklumat ditaip dengan betul, hantarkan email anda.
  • Jangan tergopoh-gapah yer.

Video Unsend Email

Tonton video di bawah ini untuk kefahaman yang lebih lanjut.

Gunakan Langkah Ini Untuk Delete Email Yang Sudah Dihantar

Baru tahu atau sudah tahu pasal langkah untuk delete email yang sudah dihantar? Sekiranya baru tahu, jadikan ini sebagai ilmu pengetahuan yang baharu untuk anda.

Masih banyak lagi kegunaan lain dalam email yang saya jamin ramai tidak tahu. Hanya mereka yang selalu menggunakannya sahaja yang betul-betul pakar akan perkara ini.

Biasakanlah diri anda dengan fungsi yang ada di akaun email anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More