Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Elok Kesudahan Urusan adalah doa yang baik untuk diamalkan bagi memohon pada Allah SWT supaya urusan yang kita lakukan elok kesudahannya.

Allah begitu dekat pada orang yang berdoa dan yang beribadah padaNya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai”. (HR. At Tirmidzi).

 

 

Doa Elok Kesudahan Urusan

 

Disini disediakan Doa Elok Kesudahan Urusan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat kepada semua.

Doa Elok Kesudahan Urusan

 

Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu, di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW.

 

Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagimana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama. Satu contoh baik adalah doa elok kesudahan urusan ini. Selain itu juga, kita juga perlu meraikan beberapa adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik serta menjauhkan kita daripada segala kehinaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amin. Doa Elok Kesudahan Urusan ini moga memberi manfaat kepada semua, dan dipermudahkan sentiasa urusan kita semua hendaknya.

ADAB BERDOA

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Elok Kesudahan Urusan ini dapat memberi panduan buat semua, dalam melakukan urusan harian. Semoga doa elok kesudahan urusan ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

Nota: Gambar feature adalah hasil fotografi oleh Ali Arapoğlu daripada laman web Pexels

 

Artikel berkaitan:

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

AMALAN YANG MEMBUATKAN PAHALA TERUS MENGALIR

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More