Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas

Doa Selepas Solat Rumi ini disediakan bagi membantu mereka yang masih mencari-cari doa yang mudah dan senang untuk dihafal. Doa ini bertujuan untuk diamalkan oleh semua peringkat umur. Dapatkannya sekarang untuk anda jadikan amalan dalam kehidupan.

Doa Selepas Solat Dalam Rumi

Sebagai umat Islam yang menjadi hamba kepada Allah S.W.T, umumnya sudah kita ketahui bahawa menjadi kewajipan ke atas kita untuk menunaikan solat 5 waktu lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah pun mencapai akil baligh. Solat yang dilakukan menjadi medium untuk kita sebagai manusia dan hamba bagi berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Maka, diharapkan artikel doa selepas solat berserta rumi ini akan membantu anda.

Isi Kandungan

Peranan Doa Dalam Kehidupan

Doa merupakan antara salah satu ibadah yang digalakkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Doa ini merupakan senjata Muslim yang amatlah hebat. Maka, rugilah sekiranya seorang hamba itu enggan untuk berdoa. Dengan berdoa, seseorang itu mampu:

  1. Memberi ketenangan jiwa, rohani emosi dan mental kepada individu.
  2. Memberi perasaan bahawa orang Muslim tidak pernah berseorangan dalam dunia ini.
  3. Melatih diri untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri dalam apa jua perkara.
  4. Memantapkan iman dan akhlak seseorang itu.
  5. Menunjukkan kerendahan hati kepada Allah S.W.T sebagai pencipta. Usaha, tawakkal dan berdoa bagi mendapat sesuatu perkara.

Doa Selepas Solat Rumi

Himpunan doa-doa selepas solat rumi ini diharapkan dapat membantu anak-anak kecil, orang tua, golongan muda yang mahu menghafal doa untuk dijadikan amalan. Lebih-lebih lagi, menjadi suatu kemudahan kepada mereka yang masih baru dalam mempelajari untuk mengenali Islam. Jangan berasa malu untuk lambat memulakan sesuatu kebaikan, tetapi malulah untuk tidak melakukan sebarang perubahan sebagai umat Islam. Amalkanlah membaca doa selepas solat rumi walaupun hanya sekejap.

Doa Memohon Keampunan

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 1

BACAAN RUMI

Rabbighfirli watub ‘alaiyya,

Innaka ant tattawwaa burrahiim

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang”

Doa Memohon Ketenangan Jiwa

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 2

BACAAN RUMI

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.

Maksudnya:“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.”

Doa Meminta Perlindungan Azab Api Neraka dan Seksaan Kubur

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 3 

BACAAN RUMI

Allahumma inni ‘auzubika min ‘azaabilqabr, Wamin ‘azaabijahannam
Wamin fitnatil mahyaa wal mamaati, Wamin syarri fitnatil masiihiddajjal.

Maksudnya:”Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab seksaan kubur dan daripada azab api neraka. Aku juga berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan daripada fitnah al Masih ad- Dajjal.”

Doa Selepas Solat Dalam Rumi

Doa Diberikan Kesihatan

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 4 

BACAAN RUMI

Allahumma ‘aafini fi badani, Allahumma ‘aafini fiisam’i, Allahumma ‘aafinii fii basori

Maksudnya:“Ya Allah, sehatkanlah badan ku. Ya Allah sehatkanlah pendengaranku. Ya Allah sehatkanlah penglihatanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau”.

Doa Dipermudahkan Urusan

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 5 

BACAAN RUMI

Rabbana aatina Milladun karohmah,

Wahaiyi’lana min amrina rosyada.

Maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”

Doa Untuk Lupa Sesuatu Perkara

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 6

BACAAN RUMI

Subhanaman La yana Muwala Yashu,

Allahumma Zakkirni maa nasiitu

Maksudnya:“Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa yang aku lupa”

Doa Untuk Ibu Bapa dan Keluarga

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 7 

BACAAN RUMI

Rabbaghfirli waliwalidayya waliman dakhola baitimu’minan

Walilimu’miniinawalmu’minaat, Walaa tazidildzholimiina Illaa tabaraa

Maksudnya:“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.”

Doa Dijauhkan Penyakit Berbahaya

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 8 

BACAAN RUMI

Allahumma innii a’uudzu bika minal barashi wal junuunu wal judzaami wa min sayyil-il asqoomi

Maksudnya:“Ya Allah, aku berlindung kepada-mU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya”

Doa Dijauhkan Gangguan Sihir/Buatan Orang

BACAAN DOA

Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas 9 

BACAAN RUMI

Rabba’audzubika minhamazaati assyayaatiin, Wa’audzubikaa rabba an’yahhdhuruun.

Maksudnya:“Wahai Tuahnku, aku berlindung kepada-Mu daripada bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung juga kepada-Mu wahai Tuhanku daripada kedatangan mereka kepadaku”

Doa Selepas Solat PDF

Disamping itu, jika anda memerlukan selain doa selepas solat rumi, anda boleh dapatkan doa lain dalam bentuk PDF. Anda boleh download dibawah:

>> DOA SELEPAS SOLAT PDF <<

Kerugian Umum Mereka Yang Bersolat

Kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam adalah apabila mereka solat, tetapi tidak berdoa. Jikalau seseorang itu tidak membaca doa selepas solat, maka dia akan dianggap bongkak dan sombong. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda sudah pun menunaikan kewajipan anda, akan tetapi, luangkan masa anda dalam seminit hingga dua minit sudah pun mencukupi. Berbicaralah dengan Allah meskipun dalam Bahasa Melayu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar.

Adab Berdoa

Doa Selepas Solat Dalam Rumi

Kita berdoa bagi memohon keampunan, meluahkan perasaan atau pun memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa. Maka, kita tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya. Terdapat beberapa adab doa meskipun doa selepas solat rumi yang perlu diikuti, antaranya:

  • Menghadap kiblat solat dan tapak tangan ditadahkan ke langit. Kiblat bagi berdoa adalah permukaan telapak tangan yang dihadapkan ke langit.
  • Mulakan doa dengan memuji kebesaran dan kekuatan Allah S.W.T.
  • Rendahkan dan perlahankan suara anda. Jangan terlalu kasar apabila memohon keampunan kepada Allah. Tunjukkan kerendahan hati dan keikhlasan anda.
  • Tidak mendoakan keburukan atau kecelakaan orang lain.
  • Jangan tergesa-gesa berdoa, sehinggakan anda tidak tahu apa yang dibaca atau dipohonkan.

*Notis: Ini merupakan antara adab yang perlu diikuti dan diambil kira oleh mana-mana umat Islam untuk doa selepas solat rumi. Banyak lagi yang boleh diketahui dan diamalkan.

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Berdoa boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Tidak kiralah ketika anda ingin keluar daripada rumah, melakukan sebarang pekerjaan bahkan memasuki tandas. Akan tetapi, bagi mereka yang mahu melakukan doa hajat atau memohon sesuatu perkara, amatlah digalakkan untuk mengetahui waktu yang mustajab untuk berdoa.

Oleh itu, umat Islam boleh menuanikan solat sunat dan membaca doa selepas solat rumi pada waktu-waktu tertentu dengan niat, memohon sesuatu yang khusus daripada Allah S.W.T.

  1. Pada waktu sebelum masuknya waktu Subuh.
  2. Di sepertiga malam hari.
  3. Hari Jumaat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca artikel 6 Waktu Paling Mustajab Untuk Membaca Doa. Moga-moga, anda kekal istiqamah dalam menunaikan ibadah doa. Amalkan doa selepas solat rumi ini.

Soalan Lazim Berkaitan Doa Selepas Solat Rumi

Saya masih mahu mempelajari Islam dan tidak tahu mahu berdoa apa. Apa yang perlu saya lakukan?

  • Anda boleh juga berdoa dalam bahasa Melayu, akan tetapi adalah lebih baik sekiranya berdoa dalam bahasa Arab. Tidak menjadi suatu masalah kerana Allah Maha Mendengar. Moga-moga anda beroleh keberkatan.

Perlu atau pun tidak untuk membaca semua doa selepas solat rumi yang kita ketahui?

  • Adalah seelok-eloknya sekiranya anda meluangkan lebih banyak masa untuk berdoa lebih-lebih lagi selepas solat. Ini mampu meningkatkan ketakwaan anda kepada Allah S.W.T. Jikalau tidak mampu, memadai untuk memanjatkan kesyukuran dan memohon perlindungan daripada Allah S.W.T.

Bolehkah sekiranya saya mahu berdoa bila-bila masa sahaja?

  • Ya, boleh. Terdapat banyak sebenarnya doa harian yang boleh diamalkan oleh anda. Sesungguhnya, setiap doa yang anda baca sebelum memulakan sesuatu perkara atau pekerjaan akan meningkatkan keberkatan dalam kehidupan anda.

Saya nak berdoa setelah mendengar khabar baik atau buruk, tetapi bukan ketika solat. Apa yang boleh saya lakukan?

  • Anda disarankan untuk mencari tempat yang tenang, mengangkat tangan anda dengan memastikan telapak tangan menghadap langit. Dan berdoalah. Lebih elok jikalau anda mampu duduk dengan beradab.

Apa yang dimaksudkan dengan doa selepas solat rumi?

  • Doa selepas solat rumi merupakan doa yang dibaca selepas solat, tetapi dalam ejaan rumi. Bukannya bahasa Arab. Adakalanya, segolongan daripada kita menghadapi kesukaran membaca bahasa Arab, maka kewujudan ejaan rumi ini membantu mereka.

Doa Selepas Solat Dalam Rumi

Jaga Solat Dan Jangan Tinggalkan Doa Selepas Solat

Allah telah menjanjikan berbagai kelebihan khusus untuk mereka yang menjaga solat awal waktu. Kerana ianya adalah amalan yang sangat besar. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengetahui waktu solat yang tepat untuk menunaikan ibadah solat. Kami anda menyediakan 1 artikel berkaitan Waktu Solat Bagi Seluruh Negeri untuk membantu seluruh umat islam di Malaysia untuk menyemak waktu solat di tempat masing-masing.

Dan ingatlah, bahawasa sekiranya kita mengingati Allah, maka Allah akan mengingati kita. Anda susah, berdoa. Anda bahagia, anda perlu berdoa. Anda sedih, berdoalah bagi memohon ketenanagn. Sesungguhnya, Islam amatlah mempunyai pelbagai kelebihan. Disebabkan itu, doa dikatakan sebagai senjata Muslim.

Lebih-lebih lagi, keadaan kita pada masa kini yang banyak masalah yang timbul. Dekatkan diri dengan Allah, moga-moga anda beroleh sinar yang baharu. Jangan berputus asa. Diharapkan agar perkongsian doa selepas solat rumi mampu membantu anda menambah amalan untuk dunia dan akhirat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More