Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Solat Taubat Beserta Niat

Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan walaupun sekali. Selagi mana nyawa dikandung badan, setiap insan pasti tidak lari daripada berbuat dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak. Tidak kira dosa kecil mahupun dosa besar, sebagai manusia yang lemah, kita hendaklah sentiasa beristiqamah dalam memohon keampunan daripada Allah dan bertaubat atas kesilapan yang telah dilakukan. Taubat boleh didefinisikan sebagai rasa bersalah dan menyesal terhadap segala perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Manakala taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benarnya diiringi janji untuk tidak mengulangi sesuatu perbuatan itu lagi. Dosa kecil dapat diampuni dengan melaksanakan amal ibadah atau kebaikan, tetapi dosa besar hanya akan diampuni dengan taubat nasuha

Terdapat tiga syarat-syarat untuk melakukan taubat nasuha. Pertama, seseorang itu hendaklah menyesal dengan sepenuh hati terhadap dosa yang telah dilakukan. Syarat taubat kedua, beliau hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh taubat dari lubuk hati disertakan ucapan istighfar. Akhir sekali, individu tersebut hendaklah berazam untuk tidak mengulangi perbuatannya lagi, maka insyaaAllah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT

Panduan Solat Taubat Beserta Niat 1

Dan jika perbuatan dosa-dosa yang dilakukan melibatkan orang lain seperti mencuri, mengumpat, mencederakan dan sebagainya, maka pesalah perlu memohon maaf serta memulangkan barangan yang dicuri kepada pemilik asalnya. Sebagai umat Islam yang masih diberi kesempatan, hendaklah kita menggunakan peluang ini untuk menginsafi kesalahan diri dan memohon keampunan daripada Allah.

Isi Kandungan

Serta Bacaan Doa Taubat

Buat yang berhasrat untuk mendirikan solat taubat untuk memohon keampunan daripada Allah SWT, berikut dikongsikan cara solat sunat taubat yang mudah serta doa dan bacaan yang boleh dilafazkan untuk panduan semua

Waktu Solat Taubat

Boleh dilakukan pada bila-bila masa selain daripada waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat. Namun begitu, solat sunat taubat lebih afdhal didirikan pada 2/3 malam dan yang terbaik adalah sejurus selepas tersedar daripada melakukan dosa serta rasa bersalah dan ingin memohon keampunan daripada Allah SWT.

Bilangan Rakaat Solat Taubat

Bilangan rakaat boleh dilakukan menurut pandangan ulama’ adalah sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat

lafaz niat solat taubat

Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Taubat

Rakaat Pertama

  • Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  • Membaca doa iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Dianjurkan membaca surah Al-Kafirun

surah alkafirun

  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  • Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas. berikut adalah bacaan surah Al-Ikhlas

surah al ikhlas

  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Nota: Bacaan dalam sujud terakhir adalah seperti berikut:

Panduan Solat Taubat Beserta Niat 2

Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang yang zalim

  • Duduk Tahiyyat Akhir
  • Memberi salaam
  • Sesuai memberi salam, lafazkan istighfar berulang kali dengan rasa menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan terimalah taubatku:

istigfar selepas solat

  • Juga boleh diikuti dengan bacaan penghulu istighfar:

doa solat taubat

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

  • Amalan ini sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat 135.

Kita Seorang Pendosa

Peluang hidup hanya sekali, selagi kita hidup selagi itu kita masih sempat bertaubat dan ingatlah setiap kita tidak lari dari melakukan dosa. Banyakkan berzikir dan solat taubat dan mohonlah keampunan darinya.

Belajarlah bangun solat malam untuk qiamullai dan lakukan solat sunat tahajjud serta carilah redha Allah swt selagi mampu. InsyaAllah tujuan kita hanya satu iaitu syurga firdaus.

Selain itu, kita juga haruslah menjaga solat 5 waktu dan paling afdhal ianya dapat ditunaikan diawal waktu. Kami ada menyediakan Waktu Solat 2021 untuk seluruh negeri di Malaysia untuk membantu anda dalam menunaikan solat tepat pada waktunya. Diharap perkongsian kali ini memberi banyak manfaat pada anda  semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More