Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 untuk panduan sekolah dan guru-guru dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan 2021 ini telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Penjajaran kukurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajarn yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum pendidikan bagi menjamin kesinambungan pembelajaran murid yang terkesan susulan penutupan sekolah akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ia membabitkan penyusunan semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Katanya, melalui penjajaran kurikulum itu juga guru boleh merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun.

“Pembelajaran teradun membabitkan gabungan teknik pengajaran bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di rumah yang dirancang secara berstruktur.

“KPM turut memberi bimbingan pelaksanaan kurikulum yang dijajarkan dalam tempoh persekolahan yang berbaki bagi tahun 2020 termasuk kunjung bantu dan penerangan secara dalam talian,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dapatkan “Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MENDAPAT KOLEKSI DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM (DPK) YANG LAIN

DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 SEKOLAH MENENGAH

DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0 SEKOLAH RENDAH

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai apakah usaha kementerian dalam memastikan kualiti pembelajaran murid-murid sekolah dapat dikekalkan dan tidak terjejas berikutan penutupan sekolah.

Dr Mah berkata, KPM juga menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

“Manual PdPR ini meliputi pendekatan secara dalam talian (online), luar talian (offline) dan off-site sama ada menggunakan modul pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek.

“Bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian,” katanya.

Sumber: hmetro

Penutup

Oleh itu, diharap semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download bahan pendidikan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian bahan pendidikan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More