Sumber Rujukan Globalisasi Anda

GKP 4.0 PEMULIH : Permohonan Dan Semakan Geran Khas Prihatin 4.0

GKP 4.0 PEMULIH atau lebih dikenali Geran Khas Prihatin 4.0 adalah antara bantuan yang termaktub dalam fokus kedua pakej PEMULIH iaitu bantuan khas untuk perniagan yang terkesan akibat pandemik ini. Ini kerana kerajaan sedar, dalam fasa pertama dan kedua PPN, kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya dan ini membuatkan rakyat khususnya peniaga terkesan.

Ini ialah antara perkara-perkara penting yang anda perlu tahu tentang Geran Khas Prihatin (GKP)

  • Bayaran tambahan khas ini adalah untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih.
  • Bayaran tambahan sebanyak RM1000 bakal diagihkan.

NILAI BANTUAN

TARIKH

RM1000

Jun 2021

RM500

Julai 2021

RM500

September 2021

RM500

November 2021

Isi Kandungan

Apa Itu Geran Khas Prihatin 4.0?

Geran Khas Prihatin 4.0

Kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kesinambungan

perniagaan dalam kedua-dua fasa-fasa ini. Melalui fokus kedua ini, terdapat pendekatan akan ditambah baik iatu:

  1. mengurangkan kos tanggungan setiap majikan
  2. menyokong usaha-usaha digitalisasi
  3. memberikan kemudahan bantuan kewangan dan insentif percukaian
  4. menyediakan fasiliti pembiayaan dan meneruskan insentif penggajian.

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0 atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan ataupun business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya peniaga peniaga yang masih tidak dibenarkan beroperasi oleh pihak atasan. Secara amnya Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif ini.

Bilakah Permohonan GKP 4.0 Akan Dibuka?

Berita baik bagi anda yang terlepas bantuan ini pada GKP yang lepas, anda boleh mula memohon permohonan baru untuk GKP 4.0. Tarikh permohonan adalah seperti berikut:

JENIS PEMOHON

TARIKH PERMOHONAN

Pemohon Baru

15 Julai 2021

Pemohon Lama

Tidak perlu memohon

gkp 4
Paparan Untuk Login ID Pengguna

Bagaimana Cara Membuat Semakan GKP?

Anda yang telah memohon, boleh membuat semakan di laman web rasmi GKP iaitu gkp.hasil.gov.my

gkp 4
Paparan Untuk Semakan GKP

Apa Syarat Kelayakan bagi Membuat Permohonan GKP 4.0?

Untuk permohonan GKP yang lepas, pemohon harus memenuhi beberapa syarat dibawah:

  1. Pemohon itu haruslah pemilik PKS mikro dan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon masih menjalankan perniagaan seperti biasa dan perniagaan belum ditutup.
  3. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.
  4. Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan mestilah kurang daripada RM300,000.

Disamping itu, antara syarat lain yang perlu dipenuhi adalah:

  1. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sama ada sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  2. Berdaftar juga dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

(Nota: Jika terdapat sebarang pindaan syarat kelayakan GKP 4.0, pihak kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa)

Info Ringkas Lain Berkaitan GKP

  1. Semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021. Pembayaran GKP 3.0 bagi permohonan yang berstatus Lulus adalah mulai 10 Jun 2021 secara berperingkat.
  2. Permohonan kemas kini maklumat akaun bank bagi penerima yang berstatus Gagal Kredit GKP Tambahan (PERMAI) telah tamat pada 19 Mei 2021. Pembayaran semula GKP Tambahan (PERMAI) bagi penerima yang telah mengemas kini maklumat akaun bank akan dilakukan mulai 28 Mei 2021 berdasarkan maklumat akaun bank yang telah dikemas kini.
  3. Penolakan dan pemulangan semula Geran Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat kepada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga 31 Mei 2021 bagi membolehkan Rayuan BPR 2021 bagi pemohon BPR 2021 yang berstatus tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) dibuat semakan semula mengikut syarat kelayakan BPR 2021 yang telah ditetapkan.
  4. Sila pastikan maklumat Akaun bank yang dikemaskini adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
  5. GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.

Bolehkah Membuat Permohonan Baru GKP 4.0?

Setakat ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa permohonan baru untuk GKP 4.0 akan dibuka pada 15 Julai 2021 nanti. Mereka yang tercicir boleh membuat permohonan pada hari tersebut.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi Hasil Care Line:

  • talian 03-8911 1000
  • talian luar negara 603-8911 1100

Jika permohonan telah dibuka, anda boleh terus rujuk laman web rasmi kerajaan dengan segera.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More