Sumber Rujukan Globalisasi Anda

IPT Lahirkan Pemain ESport

Pemain IPT Mampu Menjana Pendapatan Melalui Esport

pemain

BATU PAHAT: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mampu melahirkan pelajar yang berupaya menjana pendapatan mencecah ratusan atau jutaan ringgit menerusi sukan elektronik (e-sukan).

Ia juga nilai tambah kepada penuntut IPT sebagai bidang keusahawanan baharu yang boleh tercetus minat golongan pelajar atau anak muda ketika ini.

Selain mengenepikan persepsi negatif terhadap e-sukan, penuntut IPT boleh menjadikan sukan itu sebagai sumber pendapatan seperti yang dilakukan streamer terkenal, Soloz.

Soloz atau nama sebenarnya Mohd. Faris Zakaria dianggap ikon e-sukan Malaysia kerana mengaut pendapatan lumayan menerusi sukan itu, namun pada waktu sama tidak mengabaikan pelajaran.

“Pelajar IPT juga boleh menjadikan pemain antarabangsa, Kuro Takhasomi sebagai contoh. Dia mampu menjana pendapatan sehingga AS$3.5 juta (RM14.47 juta).

“Selain menguasai Asia Pasifik, dia mengungguli carta dengan menguasai hampir 50 peratus pasaran e-sukan global yang mana dominasi utama adalah China,” kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Menurut Noraini, China turut merancang untuk membina 14 buah fasiliti e-sukan di Hangzhou untuk dijadikan Kota E-sports dengan nilai AS$ 2.2 bilion (RM9.1 bilion) sebelum 2022.

Beliau berucap sewaktu menutup program Malaysia Prihatin: Majlis Penutupan Kejohanan E-Sports Terbuka IPT Johor 2021 di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat semalam.

Lebih 500 pemain tergolong daripada pelajar mengambil bahagian menerusi dua kategori permainan iaitu Mobile Legends dan PUBG dengan menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM14,000.

Pasukan Offwhite dari UTHM muncul juara PUBG Terbuka IPT Johor dan Insurgent muncul juara Terbuka Johor.

Pis Pride dari Politeknik Ibrahim Sultan pula menjuarai kategori Terbuka IPT Johor bagi acara Mobile Legends manakala Lacoste  juara Terbuka Johor.

Juara Terbuka IPT menerima wang tunai RM1,500, manakala juara Terbuka Johor meraih RM2,000.00.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Bazar Ramadan Masjid Negeri Perak DibenarkanBazar Ramadan Kelantan Dibatalkan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More