Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Israk Mikraj 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai Hari Israk Mikraj 2024 yang akan tiba tidak lama lagi. Empat negeri yang akan bercuti pada hari tersebut adalah seperti dibawah.

Isi Kandungan

Peristiwa Israk Dan Mikraj

Secara ringkasnya, hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab.

Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Surah Al-Israa’: 1
Hari Israk Mikraj 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia 1
Israk Mikraj 2024

Tarikh Israk Mikraj 2024

Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.

Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam untuk tahun 2024.

Hari Israk Mikraj 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia 2
Israk Mikraj 2024

Cuti Umum Negeri Sempena Hari Israk Mikraj

Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.

Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja.

Hari Israk Mikraj 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia 3
Israk Mikraj 2024

6 Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj

Enam iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj adalah

Kuasa Allah SWT adalah tidak terbatas.
Iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati.
Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mendengar.
Kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah atau senang.
Perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT.
Anjuran memberi dan menyebarkan salam.
Israk Mikraj 2024

Semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2024 ini bermanfaat dan selamat menghayati dan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More