Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

42 KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.

kelebihan berselawat
Salam Maulidur Rasul

Isi Kandungan

Kelebihan Berselawat

Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

  1. Melaksanakan perintah Allah.
  2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
  10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
  18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
  31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
  32. Mendapat kesempurnaan iman.
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
  35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
  39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
  40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
  41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
  42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Rujukan/Sumber : Jabatan Mufti Negeri Sembilan

kelebihan berselawat
Hadis berselawat kepada Nabi

MARI KITA PERBANYAKKAN AMALAN BERSELAWAT KEPADA NABI KITA

Membaca selawat kepada Nabi satu amalan yang amat istimewa dan mempunyai banyak kelebihan. Banyak sekali bentuk selawat dan pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk melafazkan selawat termasuk dengan cara berlagu atau bernasyid seperti dilakukan pada masa kini.

Unjuran atau galakan berselawat telah difirmankan Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab, ayat 56)

Selain itu terdapat juga sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat dengan penuh ikhlas dari hatinya, maka ia akan mendapat empat keistimewaan pada orang itu iaitu Allah SWT akan memberikan sepuluh rahmat, Allah SWT akan mengangkat darjatnya hingga sepuluh darjat, malaikat akan menuliskan sepuluh kebaikan untuknya dan Allah akan menghapus sepuluh dosa keburukannya.” (Riwayat Bukhari, Nasa’i dan al-Bazzar)

Penutup 

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik bagi manusia atau yang selalu disebut sebagai ‘makarimul akhlak”. Ada banyak KELEBIHAN BERSELAWAT lagi, semoga bermanfaat. 

ARTIKEL LAIN : PANDUAN LENGKAP TATACARA SOLAT HAJAT DALAM ISLAM Cara Solat Tarawih Punca Lupa Rakaat Ke Berapa Dalam Solat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More