Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PANDUAN LENGKAP TATACARA SOLAT HAJAT DALAM ISLAM

Cara Solat hajat dilakukan dalam perlbagai cara. Disini kami kongsikan Panduan dan cara-cara solat hajat yang betul mengikut ajaran islam. Sebelum kita berbuat sesuatu, sangat penting bagi kita untuk mendalami setiap perkara asas dalam setiap perkara berkenaan dengan solat hajat.

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

CARA SOLAT HAJAT

Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat

 

Pengenalan.

Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah.

Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.

Allah berfirman:

 

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:

Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi

— Riwayat al-Hakim no. 1218

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

  1. Lafaz dan niat:

Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

 

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

 

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.

 

3.  Membaca Tasbih

a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

 

b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:

 

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

 

       a. Istighfar (10 / 100 kali)

Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

.

      b. Zikir

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

 .

    c.  Selawat (10 / 100 kali)

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

5.  Doa Solat Hajat

 

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

solat hajat
Contoh doa solat hajat – Sumber JAKIM

 

Selepas solat sunat hajat dan lain lain, kita juga amat disarankan untuk buat solat sunat witir. Boleh dapatkan panduan solat sunat witir dari JAKIM disini.

Dapatkan “Panduan Solat Sunat ” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’.

Artikel panduan solat hajat ini dari sumber JAKIM. Semog bermanfaat buat semua.

 

Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Hajat : 

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
  4. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

 

Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat

Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:

  • Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.
  • Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.
  • Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Spesifikkan doa kita, baca dan niat dengan sepenuh hati, insyallah akan dimakbulkan samaada cepat ataupun lambat.
  • Sentiasa berlapang dada dalam setiap apa yang berlaku.

Dan pada DIa lah kita bergantung bagi tiap tiap sesuatu. Semoga bermanfaat.

 

RELATED ITEMS : CARA MANDI WAJIB YANG BETUL Hukum Main Forex – Harus ke Haram? Apa itu Forex? Halal ke? Panduan Membersihkan Tandas Secara Optimum Cara Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai, Sepantas 1 minit! Masjid di Xinjiang Dirobohkan Pihak Berkuasa China – Hampir 16,000 Masjid Musnah

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More