Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum Dan HEM

Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan HEM ini bertujuan untuk memberikan ilham atau contoh terbaik bagi para guru khususnya.

Mesyuarat merupakan satu prosedur pentadbiran yang wajib dilakukan oleh setiap pengurusan sekolah. Selain itu, bermula tahun 2018, pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017 akan diaudit melalui skpmg2 oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Terdapat beberapa sebab dan alasan kenapa mesyuarat dan minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea.

Mesyuarat juga bertujuan memastikan mesyuarat berfokus dan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.

Berikut merupakan koleksi minit mesyuarat bagi pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan HEM.

Dapatkan Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum Dan HEM di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Semoga memberi manfaat.

KOLEKSI MINIT MESYUARAT

Cara Membuat Minit Mesyuarat

Format Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :

1. TAJUK MINI MESYUARAT

2. BIL/TAHUN

3.TARIKH

4.MASA

5.TEMPAT

6.KEHADIRAN

  • Hadir : Senaraikan nama ahli-ahli yang hadir mesyuarat bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir msetilah mengikut ranking jawatan
  • Hadir Bersama : Senaraikan nama pegawai yang bukan ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
  • Tidak Hadir Bersebab : Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir dengan sebab.
  • Tidak Hadir Tanpa Sebab : Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir tanpa sebab.
  • Urus Setia : Senaraikan nama-nama urus setia mesyuarat.

7. CATATAN MESYUARAT

  • Perutusan Pengerusi Mesyuarat : Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau arahan-arahan kerja yang telah dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat. Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau untuk tindakan agensi atau pegawai yang berkenaan.
  • Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu : Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan tersebut.
  • Perkara-perkara Berbangkit : Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan. Jika perkara berbangkit itu masih perlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.
  • Perbincangan Kertas Kerja/ Laporan Bulanan : Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan ini hendaklah merekodkan perkara berikut :
  1. Tajuk kertas kerja.
  2. Agensi/Sektor/Unit yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
  3. Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan.
  4. Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan.
  5. Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.
  6. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.
  • Hal-hal Lain : Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.
  • Penutup : Ruangan ini  merekodkan perkara-perkara seperti :
  1. Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi mesyuarat.
  2. Tarikh mesyuarat berikutnya.
  3. Catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.

8. URUSETIA

  • Catatkan nama bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.

9.TARIKH

  • Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.

Penutup

Akhir kata, teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi, isu-isu semasa dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum Dan HEM ini membantu anda dan memberi manfaat.

Terima Kasih.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Tips Dan Panduan Membuat Minit Mesyuarat Yang Lengkap Bersama Contoh Template

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Contoh Minit Mesyuarat Lengkap

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More