Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1

Isi Kandungan

Pengenalan

Pada bulan Januari 2021 yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada golongan bujang dan juga yang berumah tangga. BPR bertujuan meringankan beban rakyat berikutan pandemik COVID-19.

Semakan dan Permohonan BPR Fasa 1

Permohonan BPR tidak memerlukan permohonan baru kerana ia berdasarkan data permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang lepas. Walau bagaimanapun, anda perlu juga membuat semakan bagi mengelakkan nama anda tercicir dan menimbulkan isu di kemudian hari. Tempoh permohonan dan pengemaskinian BPR 2021 dilanjutkan sehingga 25 Februaru 2021.

Bermul hari ini, anda boleh membuat Semakan status dan permohonan baru BPR melalui portal rasmi berikutan pandemik COVID-19 dan memastikan pematuhan prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial:

Bantuan Prihatin Rakyat Pembayaran Fasa 1

BPR akan berlangsung secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu). Kategori yang terlibat adalah:

  • Bujang dan berpendapatan kurang daripada RM2,000
    • Akan mendapat bayaran fasa 1 iaitu RM150.
  • Isi rumah dan jumlah pendapatan kurang daripada RM5,000
    • Akan mendapat bayaran fasa 1 iaitu RM300

bantuan prihatin rakyat

 Jumlah penerima bujang adalah 4.05 juta manakala penerima isi rumah pula adalah 4.4 juta. Seterusnya, jumlah bantuan bagi keseluruhan ini adalah RM610 juta bagi bujang dan RM1.32 bilion bagi isi rumah.

Tarikh Pembayaran

Tarikh telah ditetapkan mengikut situasi yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Penerima yang mempunyai akaun bank mulai 24 Februari 2021
  • Penerima yang tiada akaun bank mulai 25 Februari 2021
  • Penerima di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank mulai 1 Mac 2021

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan atau menginginkan maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak yang bertanggungjawab seperti dibawah:

  • Hotline BPR LHDNM = 1 – 800 – 88 – 2747
  • Hotline BPR MoF = 03 – 8882 4565 / 03 – 8882 4566
  • e – Mel = [email protected]
  • Alamat
    • Sekretariat BPR,Pejabat Belanjawan NegaraKementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Artikel lain :  Semakan Temuduga Graduan Pendidikan, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021, Program Jana Niaga Biasiswa Degree Pendidikan,

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More