Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa

Yayasan ANGKASA berperanan memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat pada amnya.

Yayasan ANGKASA menawarkan kemudahan pembiayaan boleh ubah (biasiswa) kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Doktor Falfasah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara.

pendidikan

Keistimewaan Tajaan Yayasan ANGKASA

Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu:-

1. Program motivasi (untuk pelajar baru)

2. Program kaunseling (bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80)

3. Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir)

Keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ini juga tidak mengenakan sebarang caj faedah. Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:

  • Sistem Kelas Pertama
    • 100% Biasiswa
  • Sistem Kelas Kedua dan Kebawah
    • 60% Biasiswa
  • Lain – lain
    • 100% Pembiayaan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menginginkan maklumat lebih lanjut

berkaitan permohonan dan syarat – syarat kelayakan memohon boleh layari laman web rasmi yayasanangkasa.coop

atau anda boleh hubungi terus dengan menggunakan no telefon ini:

  • No. Telefon: 03 7880 5358
  • Alamat:
    • MAKLUMAT PERHUBUNGAN
      402, Blok C, Glomac Business Centre
      No.10, Jalan SS6/1
      Kelana Jaya
      47301 Petaling Jaya

Artikel lain: Sistem eGUMIS, i-Sinar Kategori 1 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More