Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran e-Kasih 2021

Pendaftaran e-Kasih 2021

Pendaftaran e-Kasih 2021 adalah satu keperluan bagi keluarga-keluarga yang termasuk dalam golongan berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).  Sistem e-Kasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

e-Kasih adalah merupakan suatu Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat tentang kemiskinan sesebuah keluarga itu, bermula daripada profil peribadi individu, program/bantuan yang diterima daripada agensi pemberi bantuan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang telah diterima.

Pendaftaran e-Kasih 2021Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Ciri-ciri utama eKasih:
  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

 

Isi Kandungan

Cara Pendaftaran e-Kasih 2021

 

Sebelum anda boleh semak pendaftaran dengan sistem e-Kasih, ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu antaranya:

 

Kelayakan untuk pendaftaran e-Kasih 2021

1. Pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) mestilah kurang dari RM1,500 sebulan bagi kategori bandar atau RM1,000 sebulan bagi luar bandar

2. Data yang terdapat dalam e-Kasih akan dipadankan dengan data dari agensi lain bagi memudahkan proses pemberian bantuan kepada yang benar – benar layak

3. Data yang terdapat dalam sistem e-Kasih merupakan maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu seperti berikut :

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat tempat tinggal
  • Pekerjaan
  • Pendapatan

 

Proses Pendaftaran e-Kasih 2021

Berikut adalah cara-cara bagaimana anda boleh membuat pendaftaran e-Kasih 2021:

1. Anda boleh mendaftar secara berhubung terus dengan agensi kerajaan berkaitan seperti Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berhampiran dengan anda.

Pendaftaran e-Kasih 2021

2. Anda juga boleh menghubungi Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) melalui telefon, surat, ataupun e-mel rasmi bagi membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan. Anda juga boleh berhubung terus dengan pihak-pihak tersebut bagi tujuan di atas.

3. Proses pendaftaran adalah seperti dilampirkan di bawah:

Pendaftaran e-Kasih 2021 1

4. Semakan pendaftaran boleh dibuat melalui portal e-Kasih atau anda boleh berhubung dengan pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri PPN (JPPP/PPPN Bahagian Unit Kesejahteraan Rakyat) dengan mengemukakan info penting seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon atau e-mel/alamat surat menyurat.

 

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang soalan, atau masalah berkenaan e-Kasih boleh ditujukan kepada Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia di talian 03-8000 8000.

Soalan lazim berkenaan e-Kasih boleh klik di sini.

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kali ini dapat membantu menyalurkan maklumat mengenai sistem dan juga Pendaftaran e-Kasih 2021. Dengan kerjasama semua pihak, moga negara kita mampu untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info terkini, anda boleh klik pautan ini t.me/tcerdotmy.

 

Artikel berkaitan:

Semakan Status i-Suri KWSP 2021

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More