Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kecemerlangan Etiqa Takaful dan Yayasan UMP

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi tawaran Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful – Yayasan UMP 2021 kini dibuka kepada semua pelajar yang telah mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2020/2021 di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

etiqa

Isi Kandungan

Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi permohonan biasiswa Etiqa Takaful & Yayasan UMP:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian ke
    UMP (Bagi Kemasukan Semester 1 Sesi 2020/2021),
  • Pelajar yang aktif di dalam Ko – Kokurikulum,
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 dan ke bawah.

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang telah diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang pada
peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2020/2021 perlu mempunyai salah satu
kelayakan akademik seperti berikut:

  • STPM 2019 = CGPA 3.50 & Ke Atas
  • STAM (di samping mempunyai SPM) = 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Matrikulasi di bawah KPM / UAI / Politeknik / Asasi IPTA / Diploma = CGPA 3.50 & Ke Atas
  • Keputusan peperiksaan Sem 1 2020/2021 UMP = CGPA 3.50 & Ke Atas

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2021 (Rabu) jam 4.30 petang.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

  • Hanya permohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sebarang
    keputusan adalah muktamad.
  • Keputusan permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful – Yayasan
    UMP dijangka akan diumumkan selepas 50 hari dari tarikh tutup permohonan.
  • Mana – mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam
    tempoh 50 hari, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Cara Memohon

i. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di dalam Facebook : SAffAD UMP Malaysia atau melalui portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni http://saffad.ump.edu.my ATAU melalui link Hebahan (Announcement) di Portal UMP.

1) Borang permohonan :https://community.ump.edu.my/…/BORANG_PERMOHONAN…

2) Kriteria & Kelayakan :https://community.ump.edu.my/…/0KRITERIA_DAN_KELAYAKAN…

3) Senarai semak :https://community.ump.edu.my/…/SENARAI_SEMAK_ETIQA…

ii. Borang permohonan dan senarai semak yang telah lengkap perlu dicetak dan hendaklah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di UMP Kampus Gambang/UMP Pekan atau melalui email ( [email protected] / [email protected]) sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan boleh hubungi Puan Siti Hazwani di talian 09-5492543 @ 09-5492545 di Kampus Gambang dan Encik Qusyairi di talian 09-424 5721 @ 09-424 5700 di Kampus Pekan.

Artikel lain: SPW Bantuan Caruman, GKP Permai 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More