Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rayuan BKM 2022

Permohonan Rayuan BKM 2022 bagi mereka yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini boleh dibuat mulai Bulan Mei selepas semakan dibuat. BKM adalah satu bentuk bantuan buat rakyat Malaysia yang telah dirangka sebagai sebahagian daripada Pembentangan Bajet 2022 dan kini telah mula dilaksanakan.

Isi Kandungan

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1

Seperti sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 pada akhir tahun lalu. Pembayaran bagi BKM Fasa 1, untuk mereka yang telah lulus permohonan mengikut syarat-syarat ditetapkan telah mula dibayar secara kredit terus ke akaun bank pada 28 Mac 2022 bagi mereka yang mempunyai akaun bank. Manakala bagi yang tiada akaun bank, pembayaran telah mula dibuat pada 30 Mac 2022 melalui Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Rayuan BKM 2022
Sumber dari Facebook Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia

Semakan Status BKM 2022

Bagi menyemak status permohonan BKM, anda boleh layari laman sesawang BKM dan daftar masuk menggunakan maklumat yang anda gunakan untuk permohonan. Semakan boleh mula dibuat dari 28 Mac 2022.

Rayuan BKM 2022
Laman utama BKM
Rayuan BKM 2022
Laman Daftar Masuk BKM

Status Permohonan BKM Bagi Penerima GKP

Bagi penerima Geran Kecil Prihatin (GKP), data anda telah disemak serta diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk permohonan BKM 2022 yang telah didaftarkan secara automatik.

Rayuan BKM 2022
Sumber dari Twitter Rasmi LHDN

Senario Permohonan BKM Bagi Penerima GKP

Untuk lebih memahami proses yang dilalui oleh penerima GKP untuk permohonan automatik BKM 2022, anda boleh rujuk ilustrasi di bawah.

Rayuan BKM 2022
Sumber dari Twitter Rasmi LHDN

Semakan Status BKM 2022 Bagi Penerima GKP

Bagi menyemak status serta sebab-sebab permohonan anda tidak lulus, anda boleh daftar masuk ke dalam sistem BKM di https://bkm.hasil.gov.my.

Rayuan BKM 2022
Laman Daftar Masuk BKM

Setelah daftar masuk, klik butang Semakan Status untuk mendapatkan keputusan permohonan.

Rayuan BKM 2022
Laman Hadapan Pengguna BKM

Jika tidak lulus, klik bahagian Alasan untuk mengetahui sebab mengapa permohonan anda tidak diluluskan.

Rayuan BKM 2022
Laman Keputusan Semakan Status BKM 2022

Sekiranya tidak lulus, anda masih boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 bermula 2 Mei 2022. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui sistem yang sama: https://bkm.hasil.gov.my.

Permohonan Rayuan BKM 2022

Permohonan rayuan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2022 telahpun dibuka sejak 2 Mei 2022 (atas talian). Kini, permohonan secara manual turut dibuka bermula 9 Mei 2022. Di sini kami kongsikan berkenaan permohonan rayuan BKM 2022 untuk panduan anda.

Tarikh Permohonan Rayuan BKM 2022

Permohonan rayuan BKM dibuka pada tarikh berikut:

  • 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022

Pilihan Kaedah Permohonan

Terdapat dua kaedah permohonan yang disediakan iaitu:

  • Secara dalam talian – Mulai 2 Mei 2022
  • Secara borang manual – Mulai 9 Mei 2022

Pembuktian Dokumen Sokongan

Bagi memohon rayuan, anda perlu muat naik / hantar secara manual dokumen sokongan berpandukan kepada kes/kod tidak lulus permohonan BKM anda. Untuk senarai kod serta pembuktian dokumen sokongan, anda boleh muat turun dokumen di bawah ini sebagai panduan:

Permohonan Rayuan Tidak Dibenarkan Melalui Atas Talian

Permohonan Rayuan BKM 2022 secara atas talian (online) hanya boleh dibuat oleh pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Untuk senarai pemohon yang tidak dibenarkan untuk memohon rayuan secara online, boleh rujuk jadual berikut:

Nota: Rayuan tambahan adalah TIDAK DIBENARKAN sekiranya Skim Khairat Kematian (SKK) 2022 telah dibuat tuntutan.

Jadual Perkhidmatan Kaunter Rayuan BKM 2022 LHDNM

Selain atas talian, perkhidmatan kaunter BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah dibuka untuk permohonan dan juga kemas kini serta rayuan BKM 2022. Anda boleh muat turun Jadual Perkhidmatan Kaunter di bawah untuk panduan:

Soalan Lazim Permohonan Rayuan BKM 2022

Untuk maklumat lanjut, anda boleh muat turun dan baca Soalan Lazim berkenaan Permohonan Rayuan BKM:

 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Status Semakan dan Rayuan BKM 2022, anda boleh muat turun Soalan Lazim Semakan Status BKM DI SINI.

Untuk maklumat lebih tepat berkenaan Status Tidak Layak, anda boleh hadir ke cawangan LHDN terdekat anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More