Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Portal Pembelajaran dan Kemahiran Percuma e-LATiH PEMERKASA+

Para pekerja dan orang awam kini boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kerjaya melalui portal pembelajaran percuma di bawah HRD Corp iaitu e-LATiH menerusi inisiatif PEMERKASA PLUS.

Menerusi portal e-LATiH, pengguna boleh mengakses kursus dan pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

Portal Pembelajaran & Kemahiran Percuma e-LATiH PEMERKASA+

Isi Kandungan

Kategori Kursus

Terdapat 12 kategori kursus yang ditawarkan menerusi portal e-LATiH ini iaitu:

  1. Pembangunan Peribadi
    – Meningkatkan kemahiran pekerja dan individu, sama ada untuk persiapan menghadapi temuduga, mempelajari bahasa baru ataupun meningkatkan pemikiran kritis.
  2. Pengurusan Projek
    – Kemahiran pengurusan projek untuk memulakan, merancang, melaksana dan mengurus inisiatif baharu serta perubahan dalam organisasi.
  3. Kepimpinan
    – Meningkatkan kemahiran sebagai pengurus dan pemimpin dalam aspek pengurusan diri, pasukan dan organisasi dengan berkesan. Selain itu, kemahiran lain juga disediakan seperti cara berkomunikasi dengan berkesan, berfikir secara strategik serta memberi inspirasi kepada orang lain.
  4. Pendigitan
    – Kemahiran mengenai dunia transformasi dan teknologi digital bagi mengharungi perubahan digital.
  5. Pemasaran & Inovasi
    – Kemahiran untuk meningkatkan pendapatan perniagaan, mengembangkan produk baharu, serta menghasilkan jenama yang berkesan seperti penjualan dan perundingan, pemasaran dan pengiklanan, atau pengurusan inovasi dan penghasilan produk baharu.
  6. Pengaturcaraan
    – Pengekodan asas hingga kejuruteraan perisian canggih, tingkatkan kemahiran pengaturcaraan komputer, teknologi internet dan sains data.
  7. Kelestarian
    – Kemahiran untuk memastikan kelestarian kehidupan dan alam sekitar.
  8. Kemahiran Kewangan
    – Kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam bidang kewangan seperti ‘bookkeeping’, perakaunan, dan analisis kewangan.
  9. Bahasa
    – Mempelajari bahasa baharu bagi perjalanan ke luar negara atau ingin bercakap dengan bangsa asing yang berdekatan dengan rumah.
  10. Perkhidmatan Pelanggan
    – Kemahiran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui proses dan pemikiran yang berkesan.
  11. Industri Spesifik
    – Pengetahuan seperti Aeroangkasa, Bahan Komposit, Makanan dan Minuman, Hospitaliti, hingga Pembuatan Lean (Lean Manufacturing) dan banyak lagi.
  12. Kesihatan dan Keselamatan
    – Pengetahuan penjagaan keselamatan diri dan individu lain di tempat kerja untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar ke dalam portal e-LATiH dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://signup.elatih.com/.
  2. Masukkan maklumat akaun dan klik butang ‘Continue.’
  3. Masukkan maklumat peribadi dan klik butang ‘Create Account.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Ikuti kursus-kursus yang ditawarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai portale-LATiH, sila layari laman web https://elatih.hrdcorp.gov.my/.

Artikel lain:

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More