Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Menu Potluck Raya Yang Menarik & Sesuai Untuk Jamuan Raya

Berikut kami kongsikan cadangan idea menu-menu potluck raya yang menarik dan boleh dicuba pada Hari Raya nanti.

Isi Kandungan

Apa Itu Potluck Raya?

Juadah bawaan atau bahasa Inggerisnya dipanggil “potluck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu menyumbang makanan yang berbeza dan unik lazimnya dimasak sendiri untuk dikongsi dan makan bersama-sama.

3 Menu Potluck Raya Yang Menarik & Sesuai Untuk Jamuan Raya 1
Potluck Raya

Cadangan Menu Potluck Raya

Antara cadangan-cadangan menu yang boleh dibuat pada Hari Raya nanti sebagai potluck raya anda bersama keluarga tercinta adalah seperti berikut:

MenuBahan-BahanCara Penyediaanya
Koktail Buah Campur– 1 Tin Susu Sejat
– 1/2 Tin Susu Pekat
– 1 Tin Buah Laici
– 1 Biji Buah Naga
– 2 Biji Buah Mangga
– Cincau
– Ais
– 4 Cawan Air Panas
1. Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas.
2. Tambah lagi 2 cawan air.
3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain dan kacau rata.
4. Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.
Puding Milo Kurang Manis– 10g Agar-Agar Tali
– 4 Cawan Air
– 50g Gula
– 120g Susu Cair
– 1 Biji Telur Gred A
– 1 Sudu Kecil Essen Vanila
– Oreo (yang dipatahkan)
Cara-cara buat lapisan oreo, adalah:
1. Dalam periuk, masukkan 10g agar-agar tali dan 4 cawan air. Biarkan ia mendidih dengan menggunakan api perlahan sahaja. Apabila sudah mendidih, barulah masukkan 50g gula. Kacau sebati.
2. Tuangkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A, kacau sebati. Biarkan mendidih selama 1 hingga 2 minit. Apabila sudah mendidih, tutup api.
3. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Tunggu suam dalam 5 hingga 6 minit. Barulah dituang ke dalam loyang.
4. Apabila sudah siap tuang, letakkan oreo yang sudah dipatahkan.
5. Biarkan pada suhu bilik selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Cara-cara buat lapisan milo, adalah:
1. Dalam periuk, masukkan 8g agar-agar tali dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan 60g gula. Kacau sehingga larut.
3. Masukkan pula 2 sudu makan susu pekat.
4. Seterusnya masukkan 100g milo dan 100g susu cair. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1 hingga 2 minit.
5. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tambah secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5 hingga 6 minit.
6. Keluarkan lapisan oreo tadi, cucuk dengan garfu supaya lapisan melekat.
7. Tuangkan lapisan oreo tadi secara perlahan-lahan. Biarkan di luar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam.
8. Selepas 4 jam, puding milo kurang manis sedia untuk dimakan.
Sandwich Chicken Crispy– Isi Ayam
– Tepung Gandum
– Tepung Beras
– Tepung Ubi
– Serbuk Paprika
– Serbuk Lada Hitam
– Lada Sulah
– Garam (Pink Salt)
– Pes Bawang Putih
– Roti
– Sos cheese
– Daun salad
– Buah tomato
– Ayam goreng
– Sos cili
– Mayonis
1. Perap isi ayam dengan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, serbuk paprika, serbuk lada hitam, lada sulah, pink salt dan pes bawang putih.
2. Goreng sehingga masak. Apabila sudah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Ambil sekeping roti, sapu dengan sos cheese, lapikkan dengan daun salad, buah tomato dan ayam goreng.
4. Drizzlekan dengan sos cili.
5. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi yang sudah disapu dengan mayonis.
6. Potong secara menggergaji menggunakan pisau roti.
7. Ambil sekeping yang sudah dipotong, lapikkan dengan Doyleys paper.
8. Siap, sedia untuk dihidangkan.
Cadangan Menu Potluck Raya

Kelebihan Membuat Potluck Raya

Antara kelebihan-kelebihan membuat potluck raya adalah seperti berikut:

  1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.
  2. Menumbuhkan semangat berbagi antara satu sama lain. Kesetaraan juga boleh dibangunkan melalui sistem potluck ketika bersama.
  3. Potluck akan membuatkan hubungan antara satu sama lain menjadi lebih akrab.
  4. Menghidupkan suasana menjadi lebih meriah kerana masing-masing berkumpul dan menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan.
3 Menu Potluck Raya Yang Menarik & Sesuai Untuk Jamuan Raya 2
Potluck Raya

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More