Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2021 : Permohonan Dibuka

Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2021 : Permohonan Dibuka mulai 12 Julai sehingga 25 Julai 2021, ditawarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2021 : Permohonan Dibuka

Isi Kandungan

Program Dermasiswa B40 JPA

Program Dermasiswa B40 JPA adalah satu bentuk program penajaan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi fokus kepada pelajar dengan latar belakang keluarga golongan B40 yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Penajaan ini mengkhususkan golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau golongan B40, dengan kaedah dermasiswa. Terdahulu, kerajaan ada menawarkan bantuan kepada mereka seperti mana dalam artikel kami yang lepas berkaitan Latihan Kemahiran Percuma dan Elaun untuk B40.

Objektif Program

Program ini mempunyai objektif utama dalam pelaksanaannya, iaitu bagi memberi bantuan kepada pelajar-pelajar SPM dari golongan keluarga berpendapatan rendah (golongan B40) untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Penawaran adalah khusus untuk pengajian di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri masa kini.

Program Dermasiswa B40 (JPA) Tahun 2021

Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2021

Penajaan bagi program ini pada tahun 2021 meliputi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Permohonan

Untuk memohon Program Dermasiswa B40 (JPA) tahun 2021, calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti di bawah:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
  5. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  7. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah

Syarat Khusus

1. Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

  • Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
  • Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

2. Bagi Universiti Awam (UA) dan Politeknik:

  • Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
  • Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang Pengajian Tidak Ditaja

Bagi program Dermasiswa B40 ini, bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  1. Pendidikan
  2. Kejururawatan
  3. Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  4. Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Cara Untuk Memohon

Program Dermasiswa B40 JPA

Permohonan telah dibuka secara atas talian di laman web eSILA mulai 12 Julai 2021 (Isnin) jam 5.00 petang sehingga 25 Julai 2021 (Ahad) jam 5.00 petang.

Antara maklumat penting mengenai permohonan termasuklah:

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat
  • Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman web eSILA pada penghujung Ogos 2021. Sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan akan dimaklumkan dalam laman web tersebut juga.

Pertanyaan Berkenaan Permohonan

Bagi memudahkan urusan calon, sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakn pertanyaan menerusi:

Emel :  [email protected]

Emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan sahaja iaitu mulai 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021.

Satu sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00 – 11.00 pagi dan 2.30 – 3.30 petang (tidak termauk cuti umum dan hujung minggu) di pautan berikut: https://meet.google.com/xof-yzvp-fku

Boleh Mohon Program Dermasiswa B40 JPA di sini

Di sini admin nak kongsikan pautan (link) untuk membuat permohonan. Silakan share link ini dengan semua calon-calon lepasan SPM 2020.

Program Dermasiswa B40 JPA
Paparan Laman Web ePermohonan Program Dermasiswa B40

Semoga perkongsian kali ini amat bermanfaat buat semua pelajar lepasan SPM 2020, terutama yang datang daripada golongan B40. Dengan tawaran penajaan seperti ini, diharap pelajar dapat terus berusaha untuk menimba ilmu dan mengejar cita-cita dan impian masing-masing. Buat pelajar SPM 2020, jangan lupa untuk semak dan muat turun keputusan SPM 2020 anda. Selamat maju jaya buat semua!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More