Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Projek Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2021

Isi Kandungan

Pengenalan

Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan Residensi Prihatin baru – baru ini. Program ini adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan peningkatan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan.

Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada golongan muda dan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dibawah harga pasaran.

Projek Residensi Prihatin

projek rp

Terdapat dua projek yang akan dibangunkan dan setiap rumah berjumlah sehingga RM200,000:

  • Residensi Prihatin Kenanga (Pangsapuri)
    • 984 unit
  • Residensi Prihatin Melur (Pangsapuri)
    • 688 unit
  • Setiap rumah keluasan 750 kaki persegi lengkap dengan:
    • 3 bilik tidur
    • 2 bilik air
    • dapur, ruang tamu, ruang makan
    • 1 tempat letak kereta  (berbumbung)

Syarat – syarat Permohonan Projek Residensi Prihatin

Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum anda memohon, antaranya adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Permohonan rumah pertama sahaja
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin

projek rp

Kelebihan Projek Residensi Prihatin

Antara kelebihan projek ini kepada rakyat jelata adalah:

  • Kemudahan awam yang lengkap
  • Rumah yang berkualiti dengan pengiktirafan QLASSIC
  • Untuk golongan belia bagi memiliki rumah pertama
  • Harga mampu milik

projek rp

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menginginkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari melalui portal Residensi Prihatin yang rasmi:

https://residensiprihatin.kwp.gov.my

Artikel lain :  Bantuan Komputer Riba, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021, Program Jana Niaga Biasiswa Degree Pendidikan, Program MHexplorer

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More