Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Aneka Resepi Puding Roti Yang Anda Patut Cuba!

Untuk resepi pencuci mulut kalini kami akan kongsikan resepi yang sangat mudah untuk anda cuba buat di rumah iaitu puding roti. Dessert klasik iaitu puding roti ini menjadi kegemaran orang ramai sejak dari dulu lagi. Kalau ada roti lebih dekat rumah ataupun tarikh luput roti dah nak tamat tempoh tu boleh la cuba buatnya daripada membazir buang.

Isi Kandungan

3 Jenis Puding Roti Yang Senang Dibuat

Menjelang bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi boleh lah anda cuba resepi – resepi puding roti ini sebagai juadah untuk berbuka puasa. Kalau buat hidangan untuk berbuka puasa memang sangatlah sedap kerana rasanya yang berlemak manis, tambahan pula jika dimakan sejuk-sejuk.

Berikut dikongsikan resepi – resepi puding roti yang mudah dan lazat.

  • PUDING ROTI & KUAH KASTAD (credit recipe by Che Nom)
puding roti
Puding Roti & Kuah Kastard
Bahan-bahanBahan-bahan puding roti:
8 keping roti
4 sb mentega
¼ cawan kismis
2 cawan susu full cream
½ cawan gula
1 sk esen vanila
¼ sk serbuk kulit kayu manis
Secubit garam
3 biji telur
Gula perang secukupnya

Bahan-bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sb tepung kastard
1 cawan air
4 sb gula
Secubit garam
Cara Penyediaan1. Cara-cara untuk puding roti:
~ Potong roti 8 bahagian.
~ Sapu atau gris mentega/majerin pada dulang pembakar.
~ Susun potongan roti didalam dulang pembakar.
~ Dalam bekas lain, masukkan susu full cream bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.
~ Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega diatas roti.
~ Taburkan kismis dan tuang adunan susu kedalam roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
~ Biarkan sekejap lebih kurang 5-10 minit.
~ Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.

2. Cara-cara untuk sos kastard:
~ Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
~ Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.

3. Cara-cara untuk puding roti & sos kastard:
~ Sesudah siap dibakar, sapu dengan mentega cair pada permukaan roti yang masih suam-suam panas.
~ Potong puding roti dan hidangkan bersama sos kastard.

Tips

  1. Selain hiasan taburan kismis pada puding roti, boleh juga tambahkan coklat cip ataupun kekacang seperti badam dan hazelnut.
  2. Bagi memastikan sos kastard sudah masak dan pekat adalah dengan lorek menggunakan hujung jari pada permukaan senduk. Sos yang sudah pekat akan tinggal bekas lorekkan pada permukaan senduk berbanding dengan sos kastard yang masih cair.
  • PUDING ROTI MARBLE (credit recipe by Che Nom)
puding roti
Puding Roti Marble
Bahan – BahanBahan-bahan untuk pudding roti:
5 keping roti putih / sandwich
4 cwn / 950ml air
1 pek / 10g serbuk agar-agar
1 biji telur
1 cwn / 237ml susu cair
1/2 cwn / 120ml susu pekat
1/2 cwn / 100g gula
1/4 sk garam
1 sk esen vanila
Pewarna makanan
Cara penyediaannyaCara-cara untuk pudding roti:
~ Koyak kasar roti dan masukkan dalam blender kemudian masukkan air (3 cawan air), serbuk agar-agar dan telur. Kisar semua bahan sampai halus.
~ Masukkan dalam periuk susu pekat, gula, garam, bahan kisar halus, 1 cawan air dan susu cair (boleh ganti susu full cream kalau suka).
~ Bukak api sederhana dan kacau perlahan. Masak sampai agar-agar larut, pekat dan tak berketul.
~ Masukkan esen vanila (pilihan). Kalau sensitif dengan bau telur boleh letak sikit esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur.
~ Bila adunan dah pekat (adunan melekat pada spatula) dan naik buih sikit, terus tutup api.
~ Tapis adunan untuk pastikan tak ada ketulan.
~ Untuk warnakan pudding, boleh letak 2 saja warna 1 lagi warna asli adunan atau putih. Berapa jenis warna tu ikut pilihan anda.
~ Bahagi adunan kepada 3 bekas sama banyak.
~ Masukkan pewarna pilihan anda dalam adunan yang telah dibahagi tadi. Che Nom guna warna merah dan warna biru. Kacau adunan sampai sebati.
~ Tuang masuk adunan dalam bekas secara berselang seli. Satu warna Che Nom tuang 2 kali. Hasilnya akan dapat 6 lapisan berwarna.
~ Lorek pudding untuk effect marble.
~ Balut bekas dengan plastic wrap.
~ Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman.

Tips

  1. Jangan tinggal masa masak pudding. Kerap kacau dan masak perlahan.
  2. Sebelum tuang masuk adunan dalam bekas, basahkan dasar bekas dengan air untuk elak melekat.
  3. Untuk effect marble, boleh lorek guna pemegang sudu atau batang sudu untuk lebih cantik, jangan guna batang lidi sebab kecik sangat nanti tak berapa menjadi corak marble.
  4. Selepas sejukkan, boleh lap sikit permukaan pudding yang berair dengan tisu.
  • PUDING ROTI KARAMEL (credit recipe by Nor Azlina)
puding roti
Puding Roti Karamel
Bahan – BahanBahan Karamel :
4 sdb gula pasir

Bahan Puding Roti
:
5 keping roti sandwich putih
3 biji telur gred A
3/4 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1/2 cawan air masak
1 sdk esen vanila
Cara penyediaannyaLangkah 1
Karamel : panaskan gula dlm loyang guna api perlahan. Biarkan sampai cair sehingga gula hangus. Pastikan jangan terlalu hangus untuk mengelakkan rasa pahit kemudian ketepikan dan biarkan sejuk seketika.

Langkah 2
Puding Roti : Kisarkan semua sampai hancur. Apabila karamel sudah sejuk, tuangkan bahan kisar ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil.

Langkah 3
Kukus acuan loyang tadi menggunakan api medium (sederhana) selama 40 minit atau sehingga masak. Apabila puding sudah masak, tunggu sejuk kemudian barulah boleh simpan di dalam peti ais. Simpan dlm 5 jam atau semalaman sebelum dimakan.

Semoga dengan perkongsian resepi yang mudah dibuat ini dapat membantu dan memudahkan anda dalam menyediakan hidangan dessert untuk seisi keluarga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More