Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Pulut Mangga Istimewa & Sedap Versi Thai

Pulut mangga adalah hidangan pencuci mulut popular yang terdiri daripada beras pulut, buah mangga, dan kuah santan dan ia biasanya dihidangkan dengan taburan bijan.

Kali ini admin ingin kongsikan resepi untuk membuat pulut mangga.

Isi Kandungan

Resepi Pulut Mangga

Resepi pulut mangga yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Pulut Mangga Istimewa & Sedap Versi Thai 1

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat pulut mangga ini adalah seperti berikut:

Bahan Utama– Beberapa Helai Daun Pisang / Daun Pandan
– 400g Beras Pulut (Direndam Semalaman)
– 1 Cawan Santan Pekat
– 1 Cawan Santan Cair
– 2 – 3 Sudu Besar Gula
– Sedikit Garam
– 2 Sudu Besar Bijan (Dibakar Tanpa Minyak Untuk Taburan)
– 3 Biji Mangga
Bahan Untuk Kuah Santan– 1 Cawan Santan Pekat
– 1 Sudu Kecil Tepung Beras / Tepung Jagung (Dibancuh Dengan Sedikit Air)
– 1 Helai Daun Pandan (Dicarik Dan Disimpul)
– Garam Secukup Rasa

Cara Penyediaan

Pertama sekali, kita sediakan pulut kukus terlebih dahulu. Cara-cara untuk membuat pulut kukus adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan secara rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang pengukus dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa untuk kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula, garam dan kacau sebati.
  5. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
  6. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
  7. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  8. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Kemudian, kita buat pula kuah santan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  2. Masukkan bancuhan tepung, daun pandan dan garam.
  3. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
  4. Jika kelihatan agak cair, boleh masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.
  5. Pastikan kuah santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah mangga dan pulut.
  6. Angkat dan sejukkan.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Tips Tambahan

Untuk hasilkan pulut mangga yang sedap, berikut adalah beberapa tips tambahan yang kita perlu ikuti, iaitu:

  • Gunakan mangga yang masak ranum dan manis.
  • Pastikan kuah santan agak masin untuk mengimbangi rasa manis pulut dan mangga.
  • Pulut mangga boleh dihidangkan panas atau sejuk. 

Selain pulut mangga, pulut durian juga antara menu pencuci mulut yang popular di Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More