Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rayuan Haji 2024 Akan Dibuka Pada Platform ThiJari Bermula 26 Januari

Berikut adalah info terkini berkaitan rayuan haji 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Surat Tawaran Haji Bagi Tahun 1445H/2024M

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445H/2024M bermula 19 Januari 2024.

Bakal haji perlu cukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muassasah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini (1445H/2024M) walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadat haji.

Kos Haji Seorang Jemaah Muassasah

Kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat 8% berbanding pada tahun 1444H/2023M dan kos nya adalah seperti berikut:

Tahun 1444H/2023MTahun 1445H/2024M
RM30,850RM33,300
Rayuan Haji 2024

Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji (HAFIS)

Bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) mengikut kumpulan bagi musim haji 1445H/2024 adalah seperti berikut:

Kategori Jemaah Haji Muassasah Bayaran HajiPeraturan Bayaran Dari Kos HajiBantuan Kewangan Haji (HAFIS)Peratusan HAFIS
Kumpulan B40RM12,35637%RM20,94463%
Kumpulan M40RM19,15258%RM14,14842%
Kumpulan T20RM33,300100%TiadaTiada
Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM33,300100%TiadaTiada
Rayuan Haji 2024

Sehubungan itu, kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.

Kadar ini telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana Kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

  • Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan Kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63% daripada kos haji.

Bayaran haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang.

  • Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42% dari kos keseluruhan kos haji.

Kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.

Rayuan Haji 2024 Akan Dibuka Pada Platform ThiJari Bermula 26 Januari 1
Rayuan Haji 2024
Rayuan Haji 2024 Akan Dibuka Pada Platform ThiJari Bermula 26 Januari 2
Rayuan Haji 2024
Rayuan Haji 2024 Akan Dibuka Pada Platform ThiJari Bermula 26 Januari 3
Rayuan Haji 2024

Perbelanjaan atau kos menunaikan haji meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji. Ini adalah termasuk

  1. Penerbangan pergi balik Carter Haji.
  2. Penginapan di Makkah & Madinah.
  3. Sajian makanan setiap hari di Makkah & Madinah.
  4. Visa.
  5. Perkhidmatan semasa di Tanah Air dan di Tanah Suci termasuk operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan kebajikan serta kesihatan jemaah haji, dan lain-lain kos operasi.

“TH turut terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.”

kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.

Bagi bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka perlu membayar penuh kos haji melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia atau pembantu kepada jemaah kurang upaya yang telah terpilih menunaikan haji.

“Pada tahun 2023, seramai 500 orang jemaah telah menolak bantuan sama ada secara penuh atau sebahagiannya, mencerminkan penghayatan kefahaman konsep istito’ah. TH berharap lebih ramai bakal jemaah kali ini akan menghayati konsep istito’ah dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mendapat haji yang mabrur.”

kata Syed Hamadah

Istito’ah merupakan syarat wajib haji meliputi aspek kemampuan kewangan, kesihatan, keselamatan dan terpilih dalam kuota haji.

Ini diperjelaskan melalui resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang menetapkan bakal jemaah haji bertanggungjawab atas perbelanjaan sebenar untuk menunaikan haji.

Dalam usaha mengawal peningkatan kos haji, TH juga telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, namun TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan.”

kata Syed Hamadah

Struktur bayaran haji ini, di mana jemaah haji golongan B40 dan M40 menikmati Bantuan Kewangan Haji sehingga 42% dan 60% daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan TH.

Sejak tahun 2001, TH telah membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka akan membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji 2024.

Berdasarkan kuota yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, seramai 31,600 orang akan menerima surat tawaran haji berbanding dengan hampir 4 juta pendeposit TH yang telah mendaftar dan masih menunggu untuk giliran haji.

Untuk dapatkan info yang lebih lanjut berkaitan kos haji bagi musim 1445H/2024M, anda boleh rujuk Soalan – Soalan Lazim Bayaran Haji Disini.

Tarikh Permohonan Rayuan Haji 2024

Bagi pemilihan bakal haji, TH akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun 1444H/2023 dan mereka yang giliran pada 1445H/2024.

Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

Rayuan haji 2024 melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari 2024.

>>>Boleh Dapatkan Surat Tawaran Haji & Buat Rayuan Haji 2024 Disini<<<

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More