Bahan Pendidikan Untuk Semua

Resepi 3 Versi Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu, merupakan salah satu kuih kegemaran penulis. Pernah membuat sendiri, ikut resepi namun tetap tidak menjadi. Masa tu belum wujud page Masak Apa  Tak Jadi Hari Ni? kalau takboleh letak gambar muka kuih puteri ayu yang jadi muka puteri hodoh.

Bulan Ramadhan tahun ini, sangat jauh berbeza suasananya. Kemeriahan bazaar ramadhan sudah tidak dirasakan lagi. Semuanya kerana wabak pandemik Covid-19. Apapun, kita semua tidak dihalang untuk mencuba sendiri pelbagai resepi yang boleh digoogle di internet. Selama ini penulis cuma sangka Kuih Puteri Ayu ni perasa pandan saja.

Terkini, sudah ada pelbagai perasa dan warna. Di sini penulis ingin kongsikan 3 Versi Puteri Ayu yang sesuai dijadikan hidangan semasa berbuka puasa. Puteri Ayu Perasa Pandan (Hijau) memang selalu sangat kita jumpa dekat pasar-pasar malam kan. Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese dan Kuih Puteri Ayu Red Velvet. Rasanya penulis belum pernah jumpa dan rasa lagi.

Apapun, jom kita tengok resepinya dan selamat mencuba ya.

Resepi Puteri Ayu Red Velvet

Bahan krim keju:

  • 250 gram keju krim
  • ½ cawan gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1½ sudu besar susu segar (jenama Yarra)
  • sedikit esen vanila

Bahan red velvet:

Bahan A:

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:

  • 1 cawan susu segar (jenama Yarra)
  • 1 sudu kecil susu masakan

Bahan C:

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalet
  • sedikit esen vanilla

Bahan D:

  • Pewarna merah (mengikut kepekatan warna yang anda mahukan)

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Gabungkan semua bahan krim keju dan gaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Gabungkan bahan B dan biarkan seketika.
  3. Ayakkan bahan A dan ketepikan.
  4. Gabungkan bahan C dan pukulkan dengan mesin pengadun pada kelajuan yang perlahan selama 5 minit.
  5. Kemudian, naikkan kelajuan kepada yang paling tinggi dan pukul adunan selama 15 minit atau sehingga kembang dan warna bertukar menjadi cerah. (Bergantung kepada jenis mesin pengadun yang digunakan)
  6. Masukkan bahan A dan bahan B secara selang seli ke dalam adunan bahan C.
  7. Kemudian, tambahkan pewarna.
  8. Griskan acuan dengan sedikit minyak.
  9. Letakkan adunan keju ke dalam acuan terlebih dahulu.
  10. Kukuskan selama 5 minit.

Sumber resepi: Ain Kamis

Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese

Bahan A

1 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

satukan semua bahan dan ayak.ketepikan

Bahan B

1 cawan serbuk koko

1 cawan minyak jagung

1 cawan susu cair

3/4 cawan susu pekat manis

3/4 cawan gula pasir

satukan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan dengan api yang perlahan sehingga gula larut dan adunan sebati.

Bahan C

4 biji telur

blend sehingga berbuih.

Cara membuat Puteri Ayu Coklat

Dah siapkan semua bahan-bahan, masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sambil diselang seli dengan Bahan C. Sebatikan adunan. Kita akan teruskan dengan buat adunan cheese.

Bahan Resepi Adunan Cheese

250gm cream cheese

80gm gula castor

25ml susu cair

40 gm tepung gandu1 biji telur ayam

cara penyediaan Adunan Cheese

1. masukkab semua baban dan mix sehingga adunan sebati.Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk mudahkan masuk ke dalam acuan. Ketepikan seketika. Jangan lupa sediakan pengukus dan didihkan air.

Untuk elakkan air daripada masuk, balut penutuo pengukus dengan tuala

2. Sapu sedikit minyak pada acuan puteru ayu, paipkan masuk adunan cheese lebih kurang 1/4 dari paras acuan.Kukus sekitar 3 minit. Lepas tu tuang masuk pulaadunan coklat tadi hongga ke paras 3/4 acuan tadi.

3. Sambung kukus 8-10 minit dan dan gu sejuk barulah dikeluarkan. Kukus dengan api sederhana saja. Sukatan ini akan hasilkan 45-50 biji Kuih Puteri Ayu Coklat Cheese.

Kredit : daridapur.com

Resepi Kuih Puteri Ayu Pandan

Bahan-Bahan

4 biji telur gred A

2 cawan tepung gandum (diayak)

300gm gula

1 sudu besar ovallate

1 sudu teh baking powder (diayak)

200ml santan pekat(menggunakan air pandan)

pewarna hijau

setengah biji kelapa putih (gaul garan dan tepung ubi)

Cara memasak.

1. Panaskan pengukus

2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.

3.sapu acuan dengan sedikit minyak masak.

4. Masukkan sedikit kelapa yang digaul garam dan tepung ubi.

5. Mampatkan dibawah acuan.

6.Dalam mangkuk adunan, pukul gula,telur dan ovallete hingga kembang.

7. kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, santan fan pewarna hijau. kacau rata.

8. sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.

9. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.

Kredit : Rasa.my

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More