Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik!

Isi Kandungan

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik!

Daging tetel adalah lebihan bahagian daging yang tidak dikehendaki seperti lemak dan urat daripada bahagian daging pejal.

Daging tetel ini diminati kerana mempunyai urat–urat yang kenyal dan sedikit berlemak. Apabila direbus dengan sempurna, ia akan menjadi sangat lembut dan sesuai untuk dimasak dengan pelbagai menu seperti asam pedas dan kari.

Berikut adalah resepi yang telah dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di FB Petua dan Resepi yang telah mendapat beribu like dan share di Facebook.   Sudah semestinya resepi ini sedap dan menyelerakan bukan?  Mari kita lihat resepinya.

 

Resepi Asam Pedas Daging Tetel

 

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Terbaik! 1

 

Bahan – bahan

  • 1 kg daging tetel
  • 15 – 20 tangkai cili kering*
  • Bawang merah kecil 4 biji *
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia 1 inci*
  • Lengkuas 1 inci *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Belacan 1 inci *
  • 1 sudu kecil lada hitam *
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka (gunakan sedikit sahaja untuk yang tidak suka manis)
  • Garam secukupnya
  • Daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 3 batang serai (diketuk)

 

Cara – cara

  1. Rendam cili kering, jintan dan lada hitam di dalam air panas (supaya mudah untuk dikisar nanti).
  2. Selepas itu, kisar semua bahan – bahan yang bertanda (* ) sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang di kisar tadi sehingga garing.
  4. Masukkan daging tetel, masak sehingga keluar air daging tersebut.
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa, serai yang telah diketuk dan juga daun limau purut.
  6. Tambahkan garam dan gula melaka secukup rasa.
  7. Masak sehingga daging tetel menjadi empuk.
  8. Sedia untuk dihidangkan!

Nota tambahan : Daging tetel juga boleh direbus terlebih dahulu, air rebusan daging tetel tersebut jangan dibuang, boleh dicampurkan ke dalam kuah nanti.

 

Selamat Mencuba!

 

sumber :  FB Petua dan Resepi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More