Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak Tak Cukup 1 Pinggan!

Petai tempoyak tak lengkap kalau tak diregu bersama ikan bilis goreng. Gandingan mantap yang buatkan kita tak cukup sepinggan. Orang kata, mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar. Betul tak?

Kali ni kami nak share resepi menarik dari warga facebook yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai. Tengok resepi ikan bilis petai tempoyak ini pun dah kecur air liur kami.

Bahan-bahan mudah

  • 1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
  • Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai *diketuk
  • Segenggam atau lebih ikan bilis
  • 5 papan petai
  • 1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya.

Tips penting dari pemilik resepi, minyak kena lebih agar sambal  agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik.

bahan-bahan petai tempoyak

Cara-caranya:

  1. Langkah pertama, tumbuk cili api bersama garam dan kunyit. Ketepikan.
  2. Setelah dibasuh, ambil ikan bilis dan goreng hingga garing. Jangan lama sangat takut hangit dan jangan terlalu cepat risau tak garing. Jadi ikan bilis perlu garing sekata untuk dicampur bersama petai tempoyak nanti.

    Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak

  3. Dengan minyak sama goreng ikan bilis tadi, tumis bahan tumbuk iaitu cili api, serai, garam dan kunyit serta tambahkan sedikit serbuk kunyit. Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak
  4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak
  5. Pastikan garing dahulu sebelum dimasukkan petai.

Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak

Gaul petai tempoyak bersama bahan tumis tadi agar ianya sebati dan ngam.

Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak

6. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

Resepi Ikan Bilis Petai Tempoyak

Tara… Selamat menjadi sudah petai tempoyak ikan bilis kita yang sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

Inilah resepi yang makan sepinggan tak cukup tu. Nak tahu tips lagi? Pastikan petai tempoyak tadi sejuk dahulu sebelum digaul dengan ikan bilis garing ya, ia mengelakkan ikan bilis kita menjadi lembik atau ‘ masuk angin’ yang menyebabkan dia akan keras. Nanti anak akan kata, “Mak masak getah ke mak?” Hehe,

Oh ya, kami lupa pula nak kredit resepi ni kepada Saudara Muhammad Muktamin Abdul Karim atas perkongsian resepi petai tempoyak ikan bilis ni di laman facebook beliau. Kalau nak tengok pelbagai resepi menarik lagi dari beliau, boleh ke laman facebooknya ya.

Selain tempoyak petai ikan bilis ni, pembaca juga boleh lihat resepi viral dari kami iaitu Mee Goreng basah cukup padu termantap abad ini yang bila buat confirm menjadi di link resepi ni. Selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More