Sumber Rujukan Globalisasi Anda

1 Resepi Lengkap Laksa Sarawak Homemade Special

Di sini, kami sediakan Resepi lengkap Laksa Sarawak Homemade, mudah dah cepat dalam menyiapkan hidangan enak ini. Resepi ini akan jadi lebih senang dan mudah kalau kita menggunakan pes yang sudah siap dijual untuk membuatnya. Selamat Mencuba!

Laksa merupakan menu yang sangat digemari oleh semua masyarakat Malaysia. Rasa yang pedas, masam dan manis membuatkan ramai menyukainya. Pelbagai menu laksa yang ada di Malaysia. Antaranya ialah Laksa Sarawak, Laksa Johor, Laksa Nyonya, Laksam, dan Laksa Utara.

Isi Kandungan

Resepi lengkap Laksa Sarawak

Laksa Sarawak amat terkenal dengan penggunaan belacan dan juga popular di Negeri Sarawak. Sudah semestinya setiap pelancong yang masuk ke Negeri Sarawak mesti akan mencuba resipi popular ini.

Bahan- bahan:

  • 1 paket bihun
  • 1 kg santan pekat
  • 500 g pes laksa (dari Haji Manan [link shopee if ada])
  • 500 g udang
  • isi dada ayam
  • 4 biji telur ayam
  • 2 keping kecik belacan
  • daun ketumba/ daun sup
  • 1 mangkuk cili kering yang telah dikisar
  • limau kasturi
  • minyak
  • serbuk penambah rasa
  • gula
  • garam

Cara- cara Penyediaan :

Kuah laksa
  • Pertama sekali, rebuskan ayam sehingga masak.
  • Selepas selesai rebus ayam, tos ayam dan masukkan udang ke dalam air rebusan yang sama
  • carit halus ayam yang telah masak, pastikan ayam tersebut dah sejuk ye.
  • angkat udang yang siap direbus, air rebusan itu digunakan sebagai stok.
  • masukkan pes laksa (dari Haji Manan) ke dalam stok, kacau sehingga sebati.
  • masukkan santan pekat.
  • masukkan garam 2 sudu penuh, 2 sudu teh serbuk penambah rasa, 1 sudu besar gula.
  • tambah air sedikit, jika kuah terlalu pekat.

Telur dada

  • masukkan minyak dan panaskan.
  • masukkan telur yang telah dikacau ke dalam kuali
  • masak kan telur dada dengan sempurna
  • gulungkan telur dada dan hiris halus

Sambal

  • masukkan minyak dan panaskan.
  • masukkan cili kering yang telah dikisar halus
  • tambahkan 1 sudu besar garam, 1 sudu serbuk penambah rasa, dan belacan.
  • kacau sehingga pecah minyak dan garing.

Mee laksa

  • bihun direndam dengan air panas sehingga lembik.
  • tapis dan sedia untuk dihidangkan
Resepi lengkap Laksa Sarawak Homemade
Resepi lengkap Laksa Sarawak Homemade

Tips Resepi lengkap Laksa Sarawak Homemade

  1. Hidangan perlu dihidang dengan turutan yang betul, iaitu bihun, susun telur yang dihiris, ayam yang dicarit halus, udang dan masukkan kuah laksa.
  2. Dihidang asing bersama sambal dan potongan limau nipis.

Cara Buat PES Laksa Sarawak – Homemade

Ramai juga yang tercari-cari cara buat PES kan? Takkan setiap kali masak kita nak beli kat kedai je. Jom kita baca cara-cara nak buat PES ni. senang je rupenya.

  • Bahan A :
  • 20 Biji Bawang Merah
  • 12 Ulas Bawang Putih
  • 30 Tangkai Cili Kering
  • 3 Inci Lengkuas
  • 8 Biji Buah Keras
  • 6 Batang Serai
  • 2 1/2 Inci Belacan Bakar
Bahan B :
  • 1 1/2 Cawan Kacang Tanah
  • 1 1/2 Cawan Bijan
  • 2 sd Kecil Ketumbar
  • 2 sd Kecil Jintan Putih
  • 2 sd Kecil Jintan Manis
Bahan C :
  • Sedikit Garam
  • Minyak Masak
  • Sedikit Gula

Langkah Penyediaan.

  1. Kisar hingga lumat semua Bahan A tadi

  2. Kisar atau Tumbuk Bahan B sehingga halus atau menjadi serbuk.
  3. Selepas mengisar kedua kumpulan bahan tersebut satukan bahan A dengan bahan B.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi sehingga keperangan dan pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau rata-rata sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.

    Resepi Sambal Udang Kering

    Bahan-bahan yang diperlukan : 

  7. 6 biji bawang merah (dikisar)
  8. 2 ulas bawang putih (dikisar)
  9. sedikit belacan bakar (dikisar)
  10. segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  11. 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  12. sedikit air asam jawa
  13. garam dan gula
  14. Cara-cara Penyediaan : 
    1. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

    2. Masukkan garam dan gula dan masukkan air asam jawa.

    3. Kacau hingga pekat dan siap untuk dihidangkan.

PENUTUP

Kami harap perkongsian berkenaan dengan Resepi lengkap Laksa Sarawak Homemade kali ini memberi manfaat kepada semua para ibu khususnya untuk mencuba resipi ini dirumah. Semoga bermanfaat. Sila kongsikan resipi ini kepada semua terutama para surirumah dan semoga bermanfaat.

Baca juga artikel berkaitan :

Resipi Mudah dan Enak Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’ 

Resepi Pisang Goreng Viral Sedap Dan Rangup

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More