Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI MEE CELUP ALA THAI YANG MARVELOUS

Mee celup cukup bervariasi rasa khususnya dengan elemen kicap sotong,sos ikan,daun ketumbar dan kombinasi ayam/daging dan bebola ikan dalam setiap hidangan. Mee celup ini popular di Kelantan dan popular juga di Siam.

Ini perkongsian resepi dari seorang pengguna facebook:

Memandangkan ramai yg pm nk resepi , nah sy sertakan.. Ringkas shj , resepi cara sy ðŸ¤­ðŸ¤—

RESEPI MEE CELUP ala THAI

Bahan- bahan MEE CELUP

MEE CELUP
MEE CELUP

1. Ayam / tulang daging lembu
2. Meatball / bebola daging (celur)
3. Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
4. Daun ketumbar
5. Daun bawang / sup
6. Kangkung / sawi / tauge
7. Kicap pekat
8. Garam / gula / ajinomoto
9. Cili serbuk
10. Cili jeruk (cili besar hijau)
11. Cili api
12. Kacang tanah tumbuk halus
13. Bawang putih goreng
14. Bawang merah goreng
15. Bawang putih jeruk
16. Kicap soya / manis
17. Kicap sotong thai
18. Lada hitam serbuk
19. Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun

Cara buat :-

1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging..

2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.

3. Masukkan akar daun ketumbar , perencah thai , 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.. Semalam sy buat ayam seekor setengah, sy masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.

4. Masukkan garam , ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.

5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.

6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.

7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus

8. Sedia utk dihidang.

Cara buat hidangan perencah penambah perasa :-

1. Cili jeruk – Potong halus-halus , rendam bersama cuka makan

2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.

3. Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudoan blend / tumbuk.

4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.

RESEPI MEE CELUP ALA THAI YANG MARVELOUS 1
RESEPI MEE CELUP ALA THAI YANG MARVELOUS 2
RESEPI MEE CELUP ALA THAI YANG MARVELOUS 3

Psstt : Wajib celur mee & sayur-sayuran.. supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah.

Sumber: Fatin Shaida

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More